CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 November 2008

TIADA HAK MILIK KEKAL



Masa lampu isyarat suruh aku berhenti dalam perjalanan balik dari kerja semalam, terpandang aku satu papan tanda projek perumahan. Kat dalam bulatan tepi sebelah kanannya tertulis 'Hak Milik Kekal'. Aku nak tangkap gambar takde kamera plak. Nak guna telefon pun tak boleh sebab tipon murahan. Kalo tak, bleh gak aku tampal kat dalam blog ni. Macam yang biasa korang buat tu la..bleh la jadi wartawan sendiri tauliah...hehhehhhehe..
Bukan apa...aku cuma tertarik dengan ayat 'Hak Milik Kekal' tu je. Walau dah banyak kali aku terpandang benda tu tapi semalam baru otak aku bagi respon. Mungkin pasal lampu merahnya lebih lama dari hijau kot.
Ada ke yang kekal? ...Dah...otak aku dah mula nak menyusahkan akal....
Teringat satu peristiwa sewaktu aku nak pergi mancing kat satu kolam berbayar. Kebetulan kolam tu kena tuba. Mengong punya manusia. Akal tak waras langsung. Sempat aku bersembang ngan pemilik kolam tu. Tn Haji tu kata tak kurang dari 20k dah lingkup dalam tiga, empat kelip mata.
Tapi orang tua tu tenang je..huh banyak duit kot orang tua ni..hati aku la yang cakap.
Pe hal plak kena mengena kolam mancing ngan traffic light ngan 'Hak Milik Kekal'?
Ha...aku nak kasi tau..Pak Aji tu kata...'Bukan semua yang kita dah ada memang milik kita sebenarnya. Sampai satu masa, kalau benda tu dah dijanji bukan milik kita, dia memang bukan milik kita. Cuba fikir kakadang rumah yang dah dikunci dan dirantai tapi kalau dah nak kena curi tetap kena curi, macam tu la jugak kolam ni'...katanya. 'Tapi kalau aku tau siapa yang buat benda ni memang aku bomohkannya...' Cehhhhh...


-akupentoi-

15 November 2008

MUSANG BERJANGGUT

pulau cendana..pulau cendana...negeri aman dan sentosa..alam shah bana..alam shah bana..nama seri paduka baginda..


BADIGOL


Biarpun aku hidup dalam blues tapi aku juga seperti manusia lain yang perlukan pekerjaan untuk meneruskan sisa-sisa hidup..dah lama sangat aku berkecimpung dalam bidang jual barang..dah bermacam ragam orang yang aku jumpa..dah bermacam perangai manusia yang aku tersempak..tapi aku tetap blues..sebab aku bukan penjual barang yang tak ada ilmu..aku penjual barang yang bertauliah..tapi........hari ini 15hb sebelas, blues aku boleh ilang wooo..aku bukan manusia keparat yang senang-senang nak maki orang..aku juga bukan manusia yang suka membakar api perkauman...tapi aku nak tulis jugak benda ni sebab aku dah pusing satu malaya jual barang namun ada satu tempat kat negeri Selangor ni memang keparat abis...tak yah tulis la nama tempat tu, yang pasti kebanyakan penghuninya memang macam tak penah pegi sekolah..aku nak ulang, 'KEBANYAKAN' maksudnya majoriti. ari ni aku terkena dengan sorang cina bukit yang beli barang dengan harga ringgit mahathir 290.00..dia suruh aku tipu bil. bila aku cakap tak boleh sebab sistem online, dia kata 'lu orang punya sistem manyak teruk, tipu orang punya'. aku cakap kat dia. 'kawan, tak usah cakap itu macam, jangan cakap saya tipu orang, kalau ini sistem itu macam, macamana saya mau bikin? saya makan gaji saja maa..u cakap bos tipu la..sebab ini sistem bos yang bikin'. tetiba dia cakap. 'lu cakap apa lancau?' cakap macam samseng plak tu...memang sial keturunan ni!!!!mengeletar seluruh badan aku beb..tersekat nafas aku tahan marah...sebab aku penjual barang yang terpelajar...aku diam la..takpe...ini ari kau cina....sial....!!!!! memang betul cakap Dr Riduwan Tee Abdullah. sifat perkauman pada realitinya masih menebal..boleh refer rancangan HUJAH TV 9. walau aku tahu golongan-golongan ekstrem pasti akan mengelak untuk menonton saluran tv percuma. sebab mereka semua tu kaya. cuba turun bergaul dengan golongan bawahan..sentimen perkaumannya memang tebal. aku bukanlah cendekiawan tapi realitinya hari-hari aku berinteraksi dengan berbagai golongan. pengalaman aku dari sini. lagu m.nasir & malique ada kata..antara bait liriknya berbunyi..'ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari bercakap dan bersalaman'. aku ramai kengkawan dari kaum cina dan india yang rata-ratanya terbabit dalam bidang jual barang. majoritasnya yang dah biasa dengan ragam ibukota. bukan aku nak bangga dengan orang kota tapi lenggok mereka ini lebih longlai. maksud aku bukan bapuk tapi yang amat pandai menyesuaikan diri. melayu, cina dan india hanya beza pada agama dan warna kulit. nak ajak makan capati...no hal...nak ajak makan masak kampung orang melayu pun no hal...nak ajak minum teh cina pun no hal..masaalah yang timbul adalah kaum -kaum yang duduk bawah tempurung. golongan yang hanya rasa boleh hidup dengan kaum mereka saja. haprak bangkai betul..termasuklah bangsa aku sendiri..betullllllllllll...sedih aku...kalau aku nak cerita sampai kiamat pun tak leh abis. cukupla sampai kat sini. sesiapa yang singgah dan rasa nak baca, silakan..korang tafsir sendiri...

-akupentoi-

12 November 2008

TAKDE BENDE NAK TULIS

Dah lama aku tak mencatat...takde modal....kepala tak kacau sangat...jiwa pun agak sedikit tenang...tapi aku masih terus menjenguk blog-blog yang ada dalam jaringan...walau aku tak sapa tapi aku belek-belek gak...bukan apa, kalau tak rugi la aku bayar kat tm...
mmmmm....tak tau apa aku nak coret...blues...politik...semasa...am...entahlah...tak pandai aku...
masa idea datang, aku coret....apa yang aku coretkan ni pun semuanya yang sedang berlegar diminda....camne nak jadi kaya...? dulu ujang pun penah jadi kaya...dulu anuar ibrahim pun penah jadi tpm...dulu mahathir pun penah jadi pm...dulu aku penah jadi budak kecik...sekarang...?dah la....malas aku nak melayan otak aku yang merapu ni....chow...



-akupentoi-

08 November 2008

UNTUK APA?


untuk apa kalian menulis? apa tujuan kalian menulis? apa yang kalian dapat jika menulis? berbagai persepsi boleh diterjemahkan oleh orang-orang sekeliling...terjemahkanlah apa yang kalian fikirkan..


bagi aku, aku menulis bila aku rasa tertekan...bila tertekan, aku akan cuba untuk melampiaskan apa yang terbuku didada dan kepala dengan menulis...


menulis adalah untuk menceritakan sesuatu...memberitahu..mengkhabarkan....walau ada yang mengatakan menulis bukanlah untuk menceritakan....penulis lirik cuba menceritakan..pemuisi juga menceritakan...cuma terpulang kepada terjemahan...


aku lebih suka menulis apa yang terlintas difikiran...tak ada genre yang terkhusus yang keluar dari otak aku untuk aku coretkan...ruang untuk menulis ini tak terbatas...usah sempitkan....


huhhhhh.....


aaahhhhh......


penatnya otak aku melayan semua ini....
kalau korang rasa bosan dengan apa yang aku tulis...toksah baca.....
aku ngantuk....tapi kena pergi kerja........chow.....

-akupentoi-

07 November 2008

AKU DALAM BLUES 2

(aku nak kasi tau cerita ni takde kena mengena ngan sesapa....saja je aku nak berkarya sekadar melayan blues....)


habis..apa nak buat...hari-hari aku rasa terlalu cepat berlalu..memang aku tahu manusia tak dapat mengatasi masa, namun akhir-akhir ni rasa laju semacam je masa ni..waktu kerja aku yang tak sama macam orang kekadang membuat kepala otak aku jadi tepu...masuk pukul 11 pagi..abis kul 10 malam...cuti pulak tak tentu hari...kenapa la dalam idup ni kena keja? kena cari duit....?hukum karma...gamaknya..
dulu masa sekolah tak nak belajar pepandai.....sekarang baru nak nyesal...tapi aku tak pernah nyesal...kalau semua jadi pandai, sapa nak jadi bodoh? lagi pun pandai ni pun bukan boleh abis...ada ke orang pandai abis..? semua dia tahu..ada ke? aku berani jamin orang yang digelar cerdik pandai pun ada bodohnya...dan dalam kebodohan seseorang ada pandainya....ahhh...peduli apa? sebab tak ada orang yang nak mengaku mereka tu bodoh...yang nak mengaku pandai memang ramai...tambah pulak yang bodoh mengaku pandai....lagi la bersepah...
aku amat gemar memerhati...apa saja yang boleh aku tafsir dalam erti kata aku sendiri aku akan perhati puas-puas..lantak dengan tafsiran orang lain..bagi aku bila aku perhati gelagat manusia, secara tak langsung aku dapat menilai diri...selalunya bila aku buat perbandingan, terasa kemetotnya aku...mula la macam-macam persoalan timbul dalam pala hotak...kenapa aku jadi cam ni..?kenapa aku begitu..?macam-macam kekurangan yang timbul.....-uarrgghh aku dah ngantuk...nanti sambung lagi....


-akupentoi-

06 November 2008

AKU DALAM BLUES


Huarrggh....huh...syoknye mengeliat....lenaku baru nak mencapai klimaks, tetiba roh yang bergentayangan diluar tubuh menyusup masuk pabila suara anak kecil melaungkan azan subuh dari surau yang tak pernah aku singgah walau dah dekat dua tahun aku menetap disini...
Boleh dikatakan setiap kali azan subuh memang suara budak tu yang akan berkumandang...sedap gak suara dia...tapi guru aku dulu pernah cakap..'azan tu tak diterima jika bilalnya riak dengan suara dia'...pernah terjadi dizaman nabi muhammad s.a.w. dulu bila
ada seorang pemuda meminta kepada nabi untuk melaungkan azan, tapi tak dibenarkan...diminta lagi berulang kali dan akhirnya dibenarkan..setelah selesai azan dan solat maka datanglah Jibrail menyerupa manusia lantas bertanya..'mengapa kalian bersolat tanpa melaungkan azan?'..lalu jawab mereka azan telah pun dilaungkan..jelaslah azan yang dilaungkan dengan riak tidak akan didengar oleh para malaikat....tapi aku amat yakin budak yang selalu melaungkan azan kat surau dikawasan perumahan aku tu tak riak...selalunya bebudak tak pandai nak menunjuk-nunjuk...kecualilah kalau memang dah dilatih camtu...macam aku juga..masa kecik selalu dilatih ke surau...dah makin besar panjang...sendiri mau ingat....(nanti aku sambung lagi..nak gi keja ni..)

-akupentoi-