CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16 November 2009

AHAKSZZ!



Boleh tak lari kejap..lepak2 sambil pikir benda2 yang tak sepatutnya orang macam aku utk pikirkan…saja2 ..wat semak2 kepala sesambil leh gak kekongsi bacaan ngan orang lain…

Kali ni aku nak layan pasal ‘teknologi’….hehehehhe…layak tak aku tulis pasal menatang ni..? Tak pe ar…Ske ati aku la nak tulis pasal apa pun…hehehehe….Okeh…meh layan aku citer pasal benda ni…Ini ikut presepsi aku…Cuma pandangan..aku warning dulu…jgn pandang sgt dari sudut ilmiah…aku nak bawak ke satu sudut logik…

‘Teknologi’ tu menatang apajadah..? Masa aku skolah tk abih dulu…cikgu aku cakap menatang tu adalah satu konsep yg luas utk menyelesaikan masalah manusia dan menatang tu pny takrifan yg luas dan saling bersangkutan..Lebih rapat dikaitkan dgn ciptaan.

Menatang ‘teknologi’ ni amat berhubung kait ngan sains…satu2 matapelajaran yg paling aku tak suka..sebab cikgu sains aku masa tu tak rock walau dia pakai seluar mcm 'Hail Amir!...’Apa lak ni Pentoi’…dah masuk sains2 pulak ni…? ‘Jap2…aku nak kasi isi setelah ada pembukaan..hehehe’.

Sains tu penting sebab ianya satu proses pengumpulan ilmu, data dan fakta..kemudian diuji dan dikaji oleh ahlinya…ahli sains la tu…maka dari situ lahir la menatang ‘teknologi’..Ianya akan berubah bila pengetahuan manusia bertambah. Berubah juga mgikut kehendak zaman dan kehendak manusia…Tak yah ar nak hurai pepanjang dgn cara ilmiah sgt..sini bukan tempatnya…dan bukan ini sebenarnya yg aku nak sampaikan..kalo detail sgt….masuk mental ospital lak…(dulu aku slalu gak msk..jadi sukarela jga org skizo…hehe)

Okeh..napa aku nak cakap pasal teknologi…? Mengikut pandangan orang yg sangat sikit ilmu mcm aku ni….aku tafsirkan yg teknologi ni sebenarnya tercipta atas dasar nafsu…Sebagaimana kuatnya nafsu manusia..selagi itulah juga teknologi akan terus menguasai..

Bukan sedikit kemusnahan yg terjadi disebabkan menatang ‘teknologi’ ni…Siapa yg mencipta? Perihal menatang ‘teknologi’ ni pny pasal la jugak otak Einstein boleh ilang…bukan nafsu ke tu..ahli sains masih mengkaji ahli sains yg lain untuk menjadi generasi yg terhebat dimasa hadapan..

Apa ‘benda’yg terbaik sekarang boleh menjadi ‘benda’ yg paling tak baik utk masa yg akan datang…..itu lah teknologi..
Aku pernah berdiskusi dgn sesorg yg dah dirantai pergerakannya oleh 'kera jaan' skrg..katanya..’Amerika pya menatang ‘teknologi’ yg mampu untuk melumpuhkan seluruh sistem komunikasi dunia dan dia juga pnya ‘teknologi’ senjata tercanggih didunia… tapi disuatu masa paling akhir nnt menatang ‘teknologi’ takkan berguna lsung…yg tnggal hya pedang dan perisai'….tah…bab ni aku belum terniat nak ambik port..!

Hehehehehheheheeheeeeehheh…………….gilak………….sebenarnya idea ni datang masa aku tgh study satu ‘dvd player’ yg mencecah harga hampir 3k….gilo po….hik..hik…

06 November 2009

JAUH


sunyi dari segala..

tercampak ke lurah yang curam..

berdarah..parah..kelu..kaku..

terlalu berdenyut..sakit..


aku ingin menikmati sunyi itu..

aku ingin menikmati sakit itu..

agar tenang merasai sunyi..

agar tabah merasai sakit..


kemudiannya biar hingar dari sepi..

kemudiannya biar gagah dari lumpuh..

kemudiannya dari lurah terus mendaki..

kemudiannya dari parah sembuh tanpa parut..

-akupentoi-


01 November 2009

MERAPU


'Hey...! apa kau nak buat dengan perkataan-perkataan tu?'. Jari telunjuk menunding sambil mulut mengomel.

'Aku nak atur dan susun supaya ianya menjadi sebaris ayat'. Bungkam memeluk lutut.

'Ayat..hah..aku dah meluat baca ayat kau..!'. Bentakan suara keras keluar dari mulut.

'Aku hanya mahu menyusun agar ia sempurna. Aku hanya mahu mengolah, mengikut rasa hati'. Tenang dan yakin memberitahu.

'Tak perlu lagi kau olah, susun atau atur. Tiada siapa yang mahu melihat, jauh sekali membaca'. Bersembur air liur mencaci.

'Ah..lantak aku la..ko apa duli..hehehe..'


diskusi antara aku dgn aku....dah dekat2 nak schizo ni..hehe..