CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27 Januari 2011

DISINI


Terpinggir dari kebisingan kota
Berteman hijau corak pepohon
Desir angin singgah menyapa daunan 
Ahhh..melodi ini terlalu indah..

-akupentoi-

17 Januari 2011

KENAPA AKU...

Soalan2 anda yang TELAH DIJAWAB oleh Allah didalam Al  Quran

Kenapa aku sering diuji?
 Firman Allah, maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; " Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahu." (Surah al-Baqarah: 216)

Kenapa aku diuji seberat ini?
Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Surah al-Baqarah: 286)

Bagaimanakan kuhadapi ujian ini?
Firman Allah, maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengejarkan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali Imran: 200)

Firman Allah lagi, maksudnya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengejarkan sembahyang, sesungguhnya sembahyang  itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri dan harta mereka (bayaran) syurga untuk mereka..." (Surah at-Taubah: 111)

Copy dari majalah Solusi edisi ulang cetak m/s 61

16 Januari 2011

INGATAN UTK GUA..LU..AWAK...SAPA SAPA LA.......


engkau berdiri bersolat sedang hatimu ke sana ke mari

tidakkah engkau sedar bahawa perbuatan itu jahat sekali?

engkau berdiri dan berukuk dan bersujud berulang kali

namun rakaatnya kau lupa tidak ingat berapa kali?

celaka engkau, apakah ini solat yang engkau tunaikan?!

kepada tuhan rabbul-alamin yang engkau selalu serukan

taqwa dan rahmat belas-kasihan yang engkau harapkan

padahal hatimu terus berpaling terus membelakangkan

kepada yang lain engkau sibuk mengira dan mengingatkan

inikah yang kau katakan solat, tanpa khusyuk yang kau sertakan???!

ingatlah kawan, jika solat itu ditolak dan dikembalikan

alamat celaka menimpa badan, di hari sudah hari kebangkitan!

di akhirat kelak kita dikumpulkan mengikut amal yang kita lakukan

ke hadrat tuhan yang maha perkasa kita dihadapkan

segala perbuatan segala perlakuan kita dipersoalkan

buruk dan baik semuanya diperlihatkan tiada yang ketinggalan

taqwa dan iman jadi penentuan dan amal soleh diperhitungkan

ketahuilah, jika buku amalan diberi ditangan kiri, celakalah badan

dan sekiranya diberi sebelah kanan tanda bahagia berkekalan

inilah kesudahan bagi semua insan kepada tuhan kita dikembalikan..

gua copy n paste dari---->halaqah.net

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". 

Hadis Riwayat: Muslim

07 Januari 2011

NAIK


dulu dulu gua naik kereta ke stesen minyak...minyak naik
pada suatu hari gua naik motor ke kedai nak beli gula...gula naik
kelmarin gua jalan kaki ke mini market nak beli minyak...minyak tarak!
semalam gua menapak nak beli gula...gula tarak!
hari tu seketul kuih 30sen..sekarang 40sen...standard!
tengahari semalam tapau nasik akak jual tu membebel...''bawang naik'!
beli kat pasar borong Selayang pun harga barang naik!
pagi ni....'makcik...nasik lemak bungkus 3' budak sekolah tepi gua order
'hari ni nasi lemak naik 20sen ye' akak tu cakap
budak tu bukak gengaman kat tangan...
duit renyuk renyuk dia kira ngam ngam 3 hengget
pandang akak kedai...pandang adik adik dia..
apa pandangan korang?
kalo korang mewah dan time berada????????
kalo korang ada dalam situasi tu
apa korang rasa??????
buang jauh tahyul dalam hati...
'tak usaha la tu...malas la tu'
Allah jadikan manusia itu berbeza beza
dan jangan lupa dengan qada dan qadar....

Bila Naik? Baru Naik..
Mana Mata Helang?
Jangan hanya tahu membaham!


05 Januari 2011

BILA

bila...bila...bila..bila..
bila..menyatakan atau bertanya sesuatu..
bila....sesak di jalanan hingga berbatu batu
bila....jalan atas dan bawah di turap baru
bila...cerita yang sama keluar tak habis habis dari dulu

bila..bila..bila..bila...
bila...gua dah mula bosan nak tengok berita
bila ...gua harap cerita penting melanda dunia
bila...duapuluh minit pertama di peruntuk sia sia
bila...tak ada berita dalam berita

bila...bila..bila...bila
bila...dunia nak aman?
bila...bercerita tempat sendiri tiada kekacauan
bila...dalam hati sedikit tiada terkesan
bila...nun di tengah sana sedang berantakan

bila..bila...bila...bila
bila...semua ini akan berakhir?
bila...bila...bila..bila...?

02 Januari 2011

KOME DENGO LEKLOK ORANG KAREI!




teman malah nok ngedit balik lagu ni....nok nulih senikatenye pon teman malah...kalo kome paham, paham le...kalo idok, idok le dapat teman nok nolongnye....ate...layan je le...kalo kome orang 'Perok' (baca leklok weh) kome mesti le paham tetamboh orang 'karei'. Ade sesetengoh deme malu nok ngaku asei dari mana...bebawok le sedo! hahahahahaa....layan....zasssss


mana la pny mamat dapat idea ni....meh sesama kite kongsi loghat daerah memasing.

SEKADAR BERKONGSI

Kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dgn kawan...

selanjutnya di sini--->klik!

01 Januari 2011

TINGGALKAN SATU PELURU



 klik kat sana-->layan di sini

Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru

Mana tahu?
Dah jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi

Di mana helang terbang ke situku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asalkan ku menang

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja

lirik lagu M. Nasir