CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

07 Februari 2009

APA LAGI?



Lari sekejap dari segmen merapu. Ada mata yang tertumpu kepada ehwal semasa. Satu peristiwa yang telah menjadi satu sejarah buat negeri aku. Mungkin juga yang terbesar selepas Si Putum menetak Birch. Apa yang pasti ianya telah termaktub sebagai sejarah.

Kenapa ianya berlaku diPerak? Malunya aku untuk menjadi seorang warga negeri yang pernah menjadi pengeluar bijih yang terkenal dirantau ini. Kuasa yang dipunyai rakyat dibataskan oleh kuasa elit dan politik.

Memang termaktub didalam perlembagaan tentang kuasa yang dimiliki oleh institusi Raja tetapi jika difikirkan secara rasional dimana hendak dihumban kepercayaan rakyat. Diguna sewaktu diperlukan. Lebih baik bentuk saja sebuah negara kemudian setiap pemimpin dipilih oleh institusi Raja. Apa-apa saja yang terjadi tanggungjawab terletak pada Sultan atau Raja. Godam saja intitusi tersebut seperti apa yang telah terjadi dengan web site DYMM Sultan Perak. Pilihan lain, Republikkan saja negara Malaysia ini. Usah laungkan kemajuan jika masih dikongkong oleh tahap pemikiran para pemimpin lapuk.

Aku bukan memihak kepada mana-mana parti politik dan aku tidak berdaftar dengan mana-mana parti. Aku lebih suka memerhati dari menyertai. Lihat apa yang dah terjadi. Apa akibat kepada mereka yang telibat secara langsung dalam bidang ini? Kami ingin bebas, tidak terikat dan dibelengu oleh sindrom yang merosakkan kemajuan atau menjadikan kemajuan yang porak lagi peranda. Bukan bebas yang dikongkong seperti yang diwar-warkan oleh orang yang tidak faham apa itu 'bebas'.

Majoriti kerusi di Perak dalam PR dimonopoli oleh kaum Cina. Dari sini dapat disimpulkan bahawa kaum Cina adalah pengundi teramai dinegeri Perak. Apa yang terjadi setelah ianya dirampas? Dilarikan oleh kaum Melayu? Bukankah disitu terjadinya konflik walau ianya berlaku secara 'underground'.

Tergerak aku untuk mencoret tentang politik adalah didorong oleh rasa terkilan yang amat sangat. Seolah-olah rakyat di negeri Perak diperbodohkan atau lebih tepat dibongokkan oleh mereka yang tamak dan gilakan kuasa. Kaum yang memainkan peranan tersebut adalah bangsa aku sendiri. Bangsa yang hilang prinsip dan tidak punya pendirian. Setiap yang berlaku punya penyebab...

Dimana kesudahan atau noktah politik Malaysia? Sumpah jadi mainan. Inikah yang hendak diwariskan buat generasi akan datang?

Telah ditinggalkan dua perkara..sunah sebagai ikutan, Al Quran sebagai rujukan.