CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

23 Disember 2011

SETAKATMANA?

Aku hanya menunggu
Memerhati dan mengekori
Tingkahlaku serta peradaban
Cerita atau karangan
Tertulis dan nyata

Dimana kita berdiri
Bersimpuh, berbaring lalu bangun semula
Bukankah terlalu banyak cerita
Tentang Dia, Aku atau Sesiapa
Siapa empunya angkara pertama?

Dipersila....
Kenapa?
Peluru aku telah tersedia
Aku tahu segalanya!

-akupentoi-

22 Disember 2011

5.13AM


Aku hanya hinggap
Sebentar, sebelum terbang ke ranting demi ranting

Terkadang alpa dengan harum dan indah kelopak bungaan
Sehingga perlu dikejut tiupan angin menyapa daunan

-akupentoi-

detik itu pasti tiba....

21 Disember 2011

BERTANDANG LAGI


Bagaimana harus aku mula?
Perkataan apa sesuai untuk diguna?
Segenap rongga ternganga dahaga meminta
Haloba, rakus mengegar pancaindera
Rindu itu tetiba menerpa
Kenapa ia hadir dikala semua telah tiada.

-akupentoi-

benda ni dah lama tersimpan dlm henpon dan percubaan pertama publish melalui henpon cap ayam

15 Disember 2011

MERAPULAGI


Cepat betul waktu berlalu
Pejam celik pejam celik macam2 benda dah berlaku
Tahun pun dah nak tukar angka baru
Tup tap tup tap laju je semua meluru
Yg masih tinggal aku..
Terkial kial macam ulat bulu
Mengesot esot atas daun jambu
Nak jadi kepompong pastu tukar jadi kupu2

Apa pn tak mau runsing2
Jgn jadi org asing
Peduli apa org mau bising
Diri sendiri tahu, itu dah cukup penting
Bikin elok org amik pusing
Bikin tak elok org lg melalak mcm anjing

Hahaha..gua tulis apa yg terlintas diminda
Bukan suruh sapa2 baca
Dan cerita yg gua tulis tarak sangkut dgn sesiapa
Sekadar hiburan untuk deria penglihatan
Sbb dah lama sgt tak tulis benda cmni utk tatapan

Kepada sesiapa yang baca
Luorg solat jgn lupa
Jahat la walau macamana
Sosial la bagai nak gila
Sibuk la mengalahkan org terpenting didunia
Sekali lagi..solat jgn lupa..
Gua tulis gini bkn nak tunjuk baik pula..
Sekadar igtkan diri sendiri dan sesapa yg kdg2 terlupa..
Setiap apa yg kita buat akan ditanya
Tak terlepas apa yg ditulis dan apa dikata..
Igt ha...dunia ni bkn kita pny..
Dan kita ni hanya hamba..hamba..hamba!

-akupentoi-







12 Disember 2011

OMBAK RINDU

Beberapa hari lepas gua sempat gak gi tengok wayang cerita Ombak Rindu, adaptasi dari novel karya Fauziah Ashari. Sorilah, gua tak layak lsng nak ulas bab novel2 ni. Terakhir gua g tgk wayang citer 'Abuya'. Hampeh!. Betul wa ckp lu. Cite tu kosong!. Mmg la gua tak layak nak komen cite tu tapi duit yg kuar tu ada rega beb. Lg satu  gua terjebak sbb tajuk dia pny gah.

Wokeh, nape plak wa nak tulis pasal Ombak Rindu ni? Rata2 wa perati golongan yg tonton cite ni boleh dikatakan yang dah amat matang. Ditemani psgan memasing. Kebanyakan para suami plak tu, wa tgk muka sorg2 semua pasrah je. Wakakakaka. Dlm cite tu Mila Amylia kata pasrah tu terima dlm paksa. Mcm suami yang temankan isteri diorg tu la gamaknya.

Cite dia okaylah. Taklah sampai tahap membosankan. Cuma rata2 yg dah baca novel tu  tahu cmne jln citenya. Nak tgk gak sbb dipentaskan. Itu je atau mungkin nak tgk pelakonnya. Bagi gua cite melayu ni mudah diduga.  Boleh dikatakan novel yang top2 sume menjurus pada cinta. "Cinta tu tak kejam tp manusia yang kejam". Ayat Lisa Surihani.

Bukaklah mana2 novel...cinta...cinta..cinta...kecuali Ramlee Awang Murshid. Satu waktu dulu penah gak membe blogger gua tny 'lu kenal Ramlee?' Gua jawab 'gua kenal dia tapi dia tak kenal gua'. Heh!

Apapn kalo luorg nak tgk bolehlah...bekal tisu byk2. Sbb selang satu bangku dari gua ari tu 'balak' awek tu tak abis2 hulur tisu. Kasi je la dia pegang sendiri. Heheheh

10 Disember 2011

JENG KRENGGGG!!

4.10am. Sabtu. 10/12/2011. Hari tanpa plastik.
Mata masih terkebil kebil
1.30am tadi keluar pergi beli burger
Biasa biasa je, tak la sedap sangat.
Hidangan agak hambar.
Ini la penangan layan MasterChef. Cissssss!

Pekena air sejuk...brrruurrrrrrr..!
Geledah macam macam yang terperuk kat dalam hardisk.
Banyak tulisan merapu yang tersimpan.
Banyak jugak gambar yang kasi gua jadi emo..isk..isk
Lelap la mata oiiii...gua nak tido ni.
Petang nanti leh la layan Ombak Rindu! Wakakakakaka!
Gee..lu nak temankan gua tak? Hahahahaha..merapu gila suda!

06 Disember 2011

MERAYAP

Jam kat lap top skrg ni tertera pukul 3.17am. Tarikh 06/12/2011. Baru je kejap tadi aku merayap ke page 'statcounter'. Liplap liplap, rupanya blog ni dah wujud dari tahun 2008 lagi. Masa tu macam ayam togel. Hehehe.


Satu persatu aku klik. Rasa mcm nostalgia plak. Ramai kwn2 yg satu masa dulu layan blog dah hilang. Mana diorg pegi tah. Aku cuba jejak mereka melalui url, ip dan mcm2 yg buat pala otak aku jadi bangang. Ada yang aku dapat dan ada gak yg ilang tk dpt dikesan.

Rindu plak aku pada masa tu. Tapi masa tak tggu kita dan masa pasti akan ubah semuanya. Kalo la dpt ulang balik kan ke best?. Tapi aku tak mahu ulang zaman berblog. Aku nak ulang zaman aku habis SPM. Hehehe..

Banyak nama2 blogger yang aku salute dah tak de lagi. Woi! mana lu orang ilang ha?!!!. Ada jugak yg aku jejak dah ada facebook tapi 'private'. Huh..poyos!! termasuk la aku!!!!Ada gak fb yg dh tak aktif. Woi...pegi la bayar bil internet tu. Wakaka... 

Mungkin gak melalui maya ni kita boleh kumpul musuh bila pentas ni  disalah guna. Boleh gak jadi lebih baik kalo ianya kita guna sebaik2nya. Apapun yang dah lepas tu kasi lepas. Bikin baru, tak kira la melalui fb ke twitter ke apa ke. Mungkin kita boleh mulakan semula dan perbetulkan apa yg tk betul.

Dari sana mungkin yg selama ni byk bende yg tk berfaedah kita boleh faedahkannya. Betul tak? betul..betul..betul...hahaha. Lepak ramai2 pekena teh halia. Tak pn kopi susu ke. 

Amacam? bernas tak pala otak gua pepagi buta ni?

DARI AKU UNTUK KAMU

 Berbicara biasa 
Tutur kata lenggok bahasa
Tata dan nahu diolah indah disantun perantara
Diperaga 
Untuk santapan pancaindera

Indah bukan?
Halwa tika bernyawa
Tersirat apa nun jauh disana
Dapatkah menduga?
Tersirat atau tersurat maksud pencerita

-akupentoi_




26 Oktober 2011

AS SALAM

lepas ni gua mungkin lama tak akan on line
nak lepak kejap
gi jauh dari semak samun yg ada kat K.L
pada sahabat2 akupentoi

 ~kay~ - be strong sis! god alwiz with u!
mamai - lu mmg suami mitahli
atan - sahabat yg plg gua respek
gee - budak genting..sori x sempat nak dating
tune - isteri mithali
pye-rudz - hahaha..lu ssh nak taip nama gua!
eliza - kita msh kwnkan?
ayu aweks mamai - ummi mithali
stanza selamber! - budak kecik tapi besor...kenak tek?
shafarina - gua nak gigit pipi anak buah lu
patung cendana - yes madam!
aloy paradoks - keep on rockin bro!

dan sapa2 lah!

salute pada korang semua!
adios amigos!!!

23 Oktober 2011

ALAM


Dan embun itu menitis
Membasahkan rumput di padang
Dedaun dan pepohon
Sedang banyak tubuh kaku..berdengkur

-akupentoi-

21 Oktober 2011

INSAN


Insan
Di cipta tuhan berbeda beda
Bentuk, rupa, watak atau gaya
Naluri juga tiada serupa
Walau zahir melihat
Namun akal belum tentu mampu mencerna

Insan
Antara di atas atau di bawah sedar
Usah alpa, kehidupan senantiasa beredar
Selari alam tidak pernah engkar berputar..
Tusuk dan benamkan di hati Dia Maha Besar

Insan
Kecewa, sengsara duka dan lara
Hanya ujian diberi pada yang mampu menggalasnya
Diberi untuk menguji iman setebal mana
Lihat, renung dan pandang seketika
Di tepi, kiri, kanan, depan dan belakang semua
Bukankan ada yang terkebawah dari kita?

Insan
Akur, dalam diri punya segumpal darah bernama hati
Benar, amat payah untuk disemai dan dibajai
Di sana terletak sesuatu yang kadang kala
 Amat sukar untuk di mengerti
Namun pedoman bukankah telah di beri?
Basahkan anggotamu
Di sana ketenangan menanti

Insan
Tidak akan beriman seseorang sebelum ujian melanda
Kita hanya hamba di atas bumi pinjaman seketika
Jika sesuatu bukan lagi milik kita
Terimalah, itu perjanjian kita dengan  pencipta
Dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.


-akupentoi-





19 Oktober 2011

Pena


Pena..
Di raut apabila tumpul
Lalu di coret
Hanya akur tanpa bantahan
Pada lengan yang menghayun
Pada jari yang memegang

Pena 
Benarkah terlalu tajam?


16 Oktober 2011

FIKIR

KATA TUAN GURU

 "Hidup ini tumpang menumpang... di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT... maka siapakah kita untuk menolak agama Allah...?" 

- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

13 Oktober 2011

JAMAL FEAT MALIQUE

AKU MAAFKAN KAMU

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
teda kena mengena dgn sesiapa hanya lagu**
salute utk malique**
lama tak jumpa uncle & untie....

01 Oktober 2011

IRIS ATAU ABID?

Bila nak start tulis cerpen ni macam tersangkut pulak nak cari nama watak utama utk dijadikan tajuk. Sama ada Iris/ Neesa/ Abid atau Rahmat Suhardi.

Apa kata kalau aku letak nama Adib? simple jak.. atau susah2..guna nama Pentoi. Wahkakakakka!

Ada lagi satu 'Melissa'. tapi nampak cam sesuai ke?

Agak agak nama mana satu yang agak kuat untuk aku jadikan tajuk.

Haaa..apakata kalau aku masukkan nama buah... kedondong?

Nama apa yang paling sesuai untuk aku letak kalau aku nak jadikan bakal watak dalam cerpen ni tugas dia sebagai seorang pensyarah universiti?

camne plak nak tukar url blog ha? takut2 terpadam plak nanti?
kompius plak aku....

30 September 2011

RAHMAT SUHARDI

 Teringat aku pada kata kata Saloma dalam cerita P.Ramlee

'KEBAHAGIAAN DI TANGAN TUHAN'

alamak!...apa kena mengena dgn tajuk?

jeng..!jeng..!jeng..!

nantikan sebuah cerpen penuh GHAIRAH...
dari 'akupentoi'

sinopsis

1. empat lelaki
2. seorang perempuan
3.seorang pensyarah
4. seorang budak
5. sebuah kedai

sedikit masa lagi....

29 September 2011

INSAN

Bangunlah...
Dari lena tidur yang panjang

Basuhlah..
Anggota wajib untuk kita dikenali kelak

Tunaikan..
Tanggungjawab sebagai hamba yang hina kepada pencipta

Pintalah..
Kerana Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

-akupentoi-



selagi bernama manusia...kita tak pernah terlepas dari dosa walau serban lebih besar dari kepala..



02 September 2011

GAZA TO NIGHT


27 Ogos 2011

MAAF ZAHIR & BATIN



Selamat Hari Raya Eidul Fitri, pohon maaf zahir dan batin buat semua yang pernah mengenali akupentoi secara dekat atau jauh. Minta dihalal segala galanya. Andai ada tersalah atau tersilap itu memang dari sifat daif atau jahil diri ana. Tak terniat utk membuat salah atau dosa pada sesiapa. Ana akan cuba berlajar dari semua salah silap insyaAllah. Moga Allah s.w.t memberikan kita sebenar benar petunjuk & hidayah. Memberikan kita kekuatan dan petunjuk kejalan yang benar. 

'Semakin lama kita hidup semakin dekat kita dengan ajal'
'Hembusan nafas terakhir adalah penghujung kehidupan'

-akupentoi-

23 Ogos 2011

MENCATAT....MENCATIT


Pose dah nak habis
Pertama berbaris baris
Pastu dah makin menipis
Sampai kepenghujung dah makin kempis

Tahun ni raya dan merdeka
Dalam ertikata bahasa
Maknanya tak banyak berbeza
Cuma satu untuk dunia satu lagi tuhan punya

Buat kawan kawan gua kat luar sana 
Andai ada salah silap gua walau sebesar hama
Pohon maaf gua nak minta
Kadang salah atau silap memang diluar kawalan gua!

gua masih ingin hasilkan puisi itu..
ya, puisi itu..
masih belum siap
walau satu perkataan..


31 Julai 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

18 Julai 2011

SESAJANAKKONGSI





skali tukar layout...bloglist gua ilang da....
camne leh lupa nak save????
waduhhh! waduh!!!


14 Julai 2011

Kisah Tauladan Seorang Bekas Polis FRU!

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”


“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku.“Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.” 


Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.”Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!” 

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”





Semua tulisan ni gua plagiat dari sini, kredit utk tuan pny blog. Mintak halal dunia akhirat.

25 Jun 2011

BAHASA PEROK!!


Ate sejok bedi ayo pagi ini
Kalo nyeronut bawah gebo...sambung meroloh... aimoookk..
Nolok daun tingkap
Nampok bebudok bolen idok bebaju
Idok ke dema ngeligih?
Ngetor dek sejok sungei Perok?
Teberongih le perot bile udoh kebulor
Tepek pisang inti nyor
Campor le pulok ayor teh o
Mentahcika le mengkome sampe toben!

Bermentelun le kome kekedei
Lalu ikut ghotok
Naik mentoka kalo idok kayuh basika
Makan kundas idok pon melabun
Renti nok bengken tok tentu hala
Cakcibo dengo pon getik!

hahahahahhahaha...

- akupentoi-


20 Jun 2011

AKU TAK MAKAN PETAI

'AKU tak makan petai la'. Diam. Lama senyap. Jari telunjuk menunjal nunjal tepi dahi sebelah kanan tanda maigrain baru nak bagi salam.

'Oh lebih senang bila ilham datang dgn sendiri. Kalau nak cari ilham agak susah sikit. Dari mana datang ilham?'.

Salah satu dari coretan gua yang terbangkai! eh! eh! terbengkalai. Bila ilham kena cari.

**maksud terbangkai - makan pasir.
     (dapat tangkap? hahahhahahaha?)
boleh tak satu ayat letak dua tanda soal?

09 Jun 2011

SELOKA

Bersahaja saja
Paling muka, dia suka
Paling tak suka makna jadi berbeza
Jalan Petaling harga barang mahal gila
Walau import dari negara China
Tapi 'titlenya' import juga!
Itu yang semua orang kat negara ni suka
Branded tapi caplang pnya benda..
Tah apa kena mengena dgn seloka 
Sesaja gua nak bikin gumbira
Luorg suka....baca
Kalo idok suka toksah ngengade nk buka
Lempor je jejauh
Idok pun bakor je
Udoh le..
Malah teman nok cari idea
Tadi byk, skrg ilang tah mana
Gini le senang cite
Bila ada mood asyik nok nulih je cite
Kalo idok malah bebeno je ghasa!
Apa2 yg gua tenyeh kt sini sja sesuka
Cuma kena ingat, idup tk lama...
dueploh, patploh, namploh, lapanploh..kejap je..
Pejam mata, tutup mata...masa kita dipanggil tiba juge..
Ate...moh le kite..udoh byok beno bergelumang ngan dosa
Dunia pn bkn hak kita
Sume yg kita ada, pinjam kat Dia
Last2 dia amik balik juga
Merapu..merapu juga..
Che duk kejap..pikir balik semula..
Pikir ye..pikir ye..
orang Perak kate 'pikio' le
hahahahehehehehe
Titeba byk le puuuuuulok cite..


-akupentoi-


05 Jun 2011

37-45



Sungguh ngeri ketika langit terpecah-belah 

Lalu merah bak mawar, berkilat seperti minyak melimpah..

Apa lagi antara nikmat Tuhan yang hendak didusta?
 

Tatkala itu tiada sesiapa

Manusia atau jin, akan ditanya tentang dosa 

Kerana telah dikenal mengikut amalan didunia

Apa lagi antara nikmat Tuhan yang hendak didusta?
 

Orang berdosa dapat dikenal dari tanda

 Lalu dipegang dari atas kepala dan kaki serta diseret ke neraka

Apa lagi antara nikmat Tuhan hendak didusta?

Diberita kepada mereka

 "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ". 

Lalu berulang diseksa antara api neraka 

Dan air menggelegak tiada tara panasnya! 

Masih mahu berdusta?

-Ar Rahman-


04 Jun 2011

TERPANGGIL


Terpanggil utk gua mencoret kembali
Setelah lama gua pasang telinga tapi bikin tuli
Memerhati dari dalam sunyi 
Melihat monyet dan ungka menari
 Dalam serakah nafsu berahi
Seolah lupa dunia hanya sekejap untuk dihuni
Dan lupa mak sama bapak juga maruah diri

Menyalak sang anjing bila dapat tulang
Bongkar sana bongkar sini aib orang
Konon diri cukup gah untuk dijulang
Mulut celupar mengumpat mengeji tak kepalang
Terlupa diri sendiri dosa bergelumang 
Tak takut diri dineraka jahanam jadi arang

Lagi satu gua tak puas hati
Tak habis habis kaitkan nama gua kat sana sini
Cakap kat sana sms kat sini
Gua tau la gua hensem sbb tu rmai nak ngaku bini
Jual nama gua nak dapat publisiti
Hahahahahahihihihihihihi...
Apahal plak lu?
 Dah ada si Yus atau R tu lu lagi tk puas hati?
Atau nak gua bongkar semua sekali sampai mati
Jadi pegomen tetap bernafsu nafsi
Apa ada hal? gua dh penah lepak dlm palang besi!
Siakap senohong gelama ikan duri
Dah syok cakap bohong hari hari
Mana bole berhenti
Penat sudah mencatit kat sebelah kiri
Masa dibangunkan nanti potong la lidah sendiri!

Lu nak jadi penulis ke apa ke lu pny pasal
Apa gua ada hal
Hey! bertepuk tampar tak semestinya sosial
Dari nampak baik tapi satu abuk tak bole pakai!
Cepuk kepala gua nak kategori mcm sial!

Sudahlah beb jangan asyik nak mengata
Sebelum gua masuk penjara 
Satu persatu cerita pasti gua buka
Untuk sedar tk perlu banyak bicara
Bentang sejadah, tadah tangan minta apa saja
Sebelum apa yang Dia kasi, dirampas semua sekelip mata!


-akupentoi-




02 Mei 2011

JIKA BETUL ITU OSAMA


Jika betul

AL FATIHAH

Islam pasti akan menang!!!

DUACERITADARIGUA

'Hujan malam tadi, pasai tu jadi lagu ni'. Abg Amri bercakap pada semua orang. Aku rasa la sebab masa cakap dia tak pandang sesiapa. Orang Kedah tapi dah lama bermastautin di Gombak. Aku tabik spring jugak kat orang orang Kedah, Terengganu dan juga Kelantan kerana kebanyakan dari mereka walau pergi kemana saja loghat masih sama. Bukan semua. Ada juga yang malu nak mengaku asal usul! Apa nak ada? Orang Perak....hmmmm entoh..idok le teman tahu, lebih kurang serope je. Lantok deme le weh!

'Dah sampai, slow.. slow.. mau belok kanan. Kiri ada lubang besar, kiri ada lubang besar'. Suara dari walkie talkie. Team depan bagi isyarat. 'Roger, roger'. Balas Abg Amri. Kalau cakap guna walkie talkie kena ulang dua kali ke? Malas aku nak tanya, kang nampak bodoh sangat pulak.

Sebaik membelok kekanan tersergam sebuah gunung batu kapur. Dikaki gunung ada tasik. Dihadapannya tanah rata seluas setengah padang bola. 'Masyallah', tiada tandingan walau guna dslr. Betul aku terpegun. 'Dah..dah hang pa pi ambik wuduk dulu kita jemaah lepaih tu baru diri khemah' Abg Amri bagi arahan macam ketua komando.

sambung lagi la no...kepala aku maigrain...................................................

01 Mei 2011

SATUCERITADARIGUA

Denai becak berlopak tambah melambatkan lagi empat roda untuk berpusing ligat. Nasib baik kusyen nipis masih ada sisa sisa span untuk melapik punggung. Kalau tak mau gak buasir dibuatnya.

Kelmarin ada sahabat bertandang. 'Jom outing, lepak kaki gunung kat situ ada tasik'. 'Tengoklah camne'. balas aku. 'Overnite sambil layan dunia, layan pancing sekali. Dengar cerita kelah ngan sebarau baru buat port kat sana'. Belum pegang joran, awal awal aku yang kena pancing.

Kebetulan dah hampir setengah tahun aku menganggur. Kalau mesin atm tu boleh keluarkan baki yang tak sampai limabelas hengget tu dah lama aku cucuk kad. 'Orait gak lagi pun dah lama aku tak derma darah kat nyamuk'.Cepat pulak aku setuju kali ni. Sekurang kurangnya ada lubang buat kepala agung. 'Ok esok pagi aku ambik ko'. Bob, seorang kawan aku yang susah nak berhenti bila dah mula bersembang. Berbadan gempal dan ada tanda hitam kat dahi. Bila aku cakap, 'ko tenyeh dahi kat dinding ke Bob?', Dia kata 'tanda orang banyak dosa'. Dah,  aku malas nak jolok lagi. Kang tak pasal keluar khutbah. Kalau setakat tazkirah tu kira ok lagi.

Dari rumah aku menuju ke utara mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Ikut jalan lama. Masuk ke Tanjung Malim lepas sikit dari UPSI team depan membelok kekanan, singgah disebuah kedai. Diorang cakap
'famous pau kat Tanjung Malim'. Kedai orang Cina, Yik Mun. Aku pekena kopi putih. Kaw gak. Kedai orang Cina tapi yang makan kat situ semua orang Melayu. Pekerja kat situ pun orang Melayu. Confuse juga aku dibuatnya. Aku dengar kuali berlaga kat belakang, cuba cuba juga aku intai. Oh! baru aku tahu.

Setelah semua orang kenyang kami sambung perjalanan. Dikiri kanan jalan masih ramai orang menjual buah durian. Teringat kampung halaman yang dah terlalu lama aku tinggalkan. Macamana la keadaannya sekarang.
Ada lagi ke pokok durian kat belakang rumah?.

'Pentoi! pentoi!' oi turun la beb, sangkut ni!' Jeb kejutkan aku. La..jauh juga aku mengelamun. Jeb, nama penuh dia aku tak tahu. Kawan kawan lain panggil dia Jeff. Aku panggil dia Jeb. Maklum la, orang Perak jadi lidah aku ni susah sikit nak kawal.

'Kalau tak turun tak boleh ke?' Cadang cadang aku nak buat lawak bodoh tapi bila semua muka macam berak kapur, laju je aku gelungsur keluar dari Trooper yang dah diubahsuai macam badak tu. Masing masing sibuk cari kayu, tarik kabel, korek lubang. Aku je terpacak macam tunggul. Mana aku tahu nak buat apa. Aku tak pernah join adventure team. Sedikit sebanyak aku mula belajar sesuatu yang baru. Team depan lepas tapi team aku kantoi. Mungkin over load. Dengan bantuan toyota Land Cruiser guna kabel yang ditarik senang je boleh lepas. Minat pulak aku dengan 4x4 ni.

sambung nanti lah..ngantuk..................................................

26 April 2011

ANTARASATUMINGGUDALAM


Satu ari dlm satu minggu melepak kat kedai member gua di Pertama Kompleks. TM dia baju cap ayam atau T-shirt Republic. Mana2 t-shirt kt dlm dunia ni kalo cap ayam mmg dia pny TM la. Sewa kt pertama tu mak aih....tu 2nd fl tu. Kat atas tu salah 1 dr baju yg dia print out. Mcm2 ada...


 Satu ari dlm 1minggu membe gua mintak tlg tarik pukat  kat kolam ternakan ikan dia. Mamat ni bela tilapia. Sekali tarik punya tarik sangkut haruan 2kilo setengah. Haduh...camno ikan ket kolam lu tak susut Ril!!! Kalo 10 ekor terlepas ket kolam lu pakat ternak haruan lo gayo....


Satu ari dlm 1 minggu beli ayor..asyik2 gantung kat tombol pntu..pastu jenuh kena mop blk...haaa....kali ni gua dh tk yah mop....huahuahuahua......


19 April 2011

WASIAT



10 Wasiat Imam Syafie...

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan



Sumber:Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) 

17 April 2011

BILA AJAL MENJEMPUT



Kematian adalah muara kehidupan manusia dan akhir perjalanannya di dunia, tidak ada yang lolos dari lubang jarum kematian, besar dan kecil, tua dan muda, sehat dan sakit, laki-laki dan wanita, semua yang hidup pasti akan meneguk gelas kematian dan memasuki gerbangnya yang berat. Beratnya kematian bisa kita lihat dari sejarah kematian manusia yang terekam kepada kita, bagaimana calon mayit mengalami sakaratul maut yang jika dia bisa berlari darinya niscaya dia akan berlari, tetapi ke mana? Berikut ini adalah sejarah yang terekam tentang kematian manusia terbaik, sayid para nabi dan rasul, Muhammad saw.

selanjutnya baca disini------>klik!!

21 Mac 2011

AKHIR ZAMAN


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh.

Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’".

Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."

Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu.

Tsunami baru je cuci kawan kita kat atas tu. Kalau Allah s.w.t cuci semenanjung Malaysia sekali agak agak baru semua nak ada akai kot?

PORAH!!!!!!!


apa punya bangang
lain orang punya hal lu mau tumpang
apa lu ingat semua benda mau sebat
satu dunia lu mau rembat

agak agak la wei
jangan ingat ini dunia lu mau jadi tokey
sana sini lu mau serang
tak boley idup kalau tak perang

apa barang lu ada
hasil bumi sendiri habuk pun tarak
kaut sini kaut sana
kasi boncit saku tapi tiris juga ada

dulu Sadam lu tibai
sampai lubang cacing lu bedal
sekarang Libya pulak lu intai
ini cerita tatau bila boley selesai

macamana itu Osama mau diam
dia punya saudara lu kasi godam
negara besar lu kasi hantam
itu satu orang sampai skrg lu tk leh terkam

mana lu punya bapak punya teknologi
dari perut bumi sampai atas langit lu boleh cari
itu tepi tepi punya negeri pun tarak perut sama hati
kapir nak tibai hang pun nak ikut sekali

mau jadi proksi
janji untung diri sendiri
ingat idup tak ingat mati
lupa ini dunia siapa kasi!

-akupentoi-