CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 Mac 2010

A.K.U.P.E.N.T.O.I 2


Dalam selesa aku menempuh kekalutan
Terkadang keluh menerpa keluar menzahir lelah
Namun masih mampu untuk di tepis
Apabila terpandang wajah wajah nakal nenanti di gerbang

Cerita keluh terubat telah lama berlalu
Penat kini hanya mampu di padam oleh mimpi malam
Silap dari langkah yang goyah
Konon terpesona indah tapi helah menyengah

Mengah, lelah dan payah
Dari terduduk berpeluh letih aku cuba untuk berlutut
Kemudian bangun perlahan memegang pohon
Mengah, lelah dan payah aku lempar ke dasar

Terpasang niat untuk berlari setelah mampu berdiri
Dari lelah dan payah cuba aku ukir senyum di wajah
Terasa ada cahaya menyuluh, ada tangan membantu supaya tegak
Di ketika ini aku kembali mencari rentak agar tidak retak

Mana tahu, azab kembali menyengah aku
Tatkala kaki baru utuh untuk berlari
Pohon yang di pegang rupanya ranting rapuh dan ampuh
Cahaya menjadi malap dan tangan itu hanya ilusi halusinasi

Ohh..begini…aku di kejutkan..
Hukuman ke atas kamu masih berjalan
Tiada sebarang nota atau amaran
Ini balasan ke atas kamu sepertimana kamu lakukan

Kali ini aku terduduk lagi, lumpuh segala sendi dan nadi
Hanya otak ligat beputar mencari mana jalan keluar
Langkah dari gogah di papah kini kaku bagaikan kosong tak terjejak
Megah, lelah dan payah bertukar menjadi pinar berputar

Perlahan aku mengesot ke muka pintu
Melangut sejenak ke langit berbalam ciptaan tuhan
Terdetik hati bertanya..kenapa masih aku di pilih?
Tak cukup lagikah sengsara di lempar ke dada dan minda?

Di kiri datang tanpa di undang
Mendendang bait bait sinis tentang teman kaum Adam
Di kanan pula menerpa bertalu mengingatkan kepayahan kaum ibu
Aku bertambah buntu, otak sesak, terhentak, semak

Lalu berpaling ke meja di alas akhbar harian
Sebiji botol kaca, sebatang straw dan bungkusan kecil kejernihan
Oh..di sini tempat aku, apa perlu kau fikir?
Jalan mu bukan lurus dan kau fakir

Berteman botol kaca , aku menulis untuk bercerita
Meluah segala terfikir tentang apa itu takdir
Bukankan Dia pengasih dan penyayang
Jika ini takdirNya kenapa di terpa
Dan akhirnya aku merasa sengsara
Adilkah untuk aku sebagai hamba atau
Memang lahir aku bukan untuk dunia?

Menghadap meja kayu beralaskan buku aku berteleku
Bertanya pada diri silap di mana kali ini
Bukan telah diberitahu tegur jika silap aku perlaku
Agar jalan itu mudah untuk di tuju!

Cuma gusar menari di akal
Apakah semua ini rancangan sedari awal
Membenamkan kembali setelah aku mulai sedar
Supaya tidak mampu bangun
Benamkan aku hingga terduduk dan tersandar

Curiga juga aku pada hukum akal
Cari saja salah sendiri sebelum pada orang lain ia di lempar
Terpaku ketika mata terpandang sekeping gambar
Aku berkata padanya hentikan karma ini dari berputar
Segala apa terjadi adalah azab supaya aku sedar
Atau mungkin lebih jauh aku tersasar

Ah..untuk apa berfikir lagi
Biarlah..kerana segala di kurnia bukan realiti
Hanya satu permainan dari insan dengan izin tuhan
Bukan simpati mahu di raih berpanjangan
Cukup untuk aku melihat satu rentak sebuah kehidupan
Sebuah lakonan atau permainan ciptaan
Melengkapkan satu lagi episod sepanjang perjalanan
Menjauhkan aku dari semua kebaikan!

-akupentoi-


29 Mac 2010

BEKU LA GUA



Pak Tam kata gua beku macam ais batu..hari hari duduk berkurung tak keluar keluar..'sesekali lepak pergi feng tau..' kata dia. 'Gua dah malas. Bukan tempat gua lagi'. Gua kasi tau Pak Tam. 'Sri Hartamas pun ok, macam tempat dulu dulu'. Pak Tam racun gua. 'Heh'. Gua buat muka poyo.

Rashid pulak tercangak cangak macam badigol tunggu awek nombor empat dia datang. Kejap kejap tengok henpon. 'Woi! lu buang je la tekpon tu'. Pak Tam kasi bakar Rashid. 'Vrooommm...'. Berhenti sebiji big bike depan meja tempat gua dan kengkawan lepak. 'Huh..mamat mana plak malam malam buta bawak motor ni. Tak beku ke jantung kena angin'. Hati gua bercakap kat dalam badan. Nasib baik pakai 'full face'. Kalau tak mau beku biji mata.

'Oooo'. Ternganga mulut Pak Tam. Rasid cepat cepat lompat kat atas motor yang berhenti tadi. Apa hal pulak mamat ni. Kena sampuk jembalang motor besar ke apa jadah?. Siap pegi kapuk belakang mamat tu lagi. Bila pulak kawan gua yang minat Avril ni jadi gay?. Gua pandang Pak Tam, Pak Tam sengih macam baru lepas berak batu.

Sekali bila mamat tu bukak 'full face', terjojol biji mata gua ngan Pak Tam. 'Huiyoooo.....!mariiii...'. Mana punya awek malang dah kena ayat ngan Rashid tah. Muka tak tempek bedak pun dah boleh buat gua cair. Gua mati mati ingatkan balak yang bawak. Sekali bila dia turun dari motor, semua balak yang ada kat line gua minum tu terjojol biji mata. Gua sorang je yang ok. Hehehehe.
Iya la, kalo gua pun terjojol macam mana gua boleh tahu orang lain terjojol. 'Hantu kubur menyamar jadi orang kot'. Pak Tam bisik kat gua.

Memang ngam ho minah tu. Selamba badak je. Muka cun, kepala pun sampoy. Sembang punya sembang , oooooo...budak insurans rupanya. Patut la selamba kodok. Siap promot kat gua ngan Pak Tam lagi. Cerita untuk satu malam gua habis pukul 3 pagi. Mata sekor sekor macam dah kena paipon. Minah tu masih nak bercakap tak habis habis. Gua cakap kat Pak Tam nak pergi tandas. Pak Tam angkat kening. Tahu signal gua. Blah la. Mahu tunggu lagi. Cerita sampai esok pagi pun tak boleh abis!.

-akupentoi-


28 Mac 2010

DENGARKAN


Bila kerunsingan ini gagal untuk di kawal
Aku jadi terlalu terkongkong untuk berfikir
Hilang kewarasan akal
Buntu segala rona pancaindera

Di celah celah tabir yang tersingkap
Mengharap agar ada tangan yang menghulur
Keluarkan aku dari sengsara ini
Kala hati semakin mengelegak
Bertanya kenapa semua ini untuk aku
Kenapa?..kenapa?..kenapa?.. dan kenapa?

Aku ingin menjerit untuk memberitahu
Aku bosan dengan dunia
Aku bosan dengan kehidupan
Bukan aku minta untuk di lahirkan
Kenapa azab ini di titah mengadap aku?
Berikan kepada mereka..berikan..

Sudah cukup untuk aku
Bahagian aku telah kuambil
Kenapa masih di beri?
Ingin dengar aku memaki takdir?
Ingin dengar aku mengeluh tentang kehidupan?
Ingin dengar aku berbicara kurafat?
Ingin dengar lidahku memesong kata kata dosa?

Cukuplah..aku sudah terlalu payah
Sampai bila semua kesusahan ini di jadikan untuk aku?
Keluarkan aku dari sengsara ini atau ambil kembali hakMu
Selagi mana aku masih menumpang di sini
Dosa segala benda di laku tanpa jemu

Bukan ini yang aku mahu
Semuanya di tanganMu
Dulu aku sering meminta
Meminta tanpa rasa jemu
Aku menunggu dan menunggu
Mengharap dan terus mengharap
Akhirnya..takdir ini di jelmakan ..

Andai tiada lagi ruang untuk aku menebus segala silap
Andai tiada lagi ruang untuk aku merasa nikmat untuk hidup
Ambillah..ambillah kembali hakMu
Jika ianya terus berada di sini
Semuanya pasti binasa…

-akupentoi-