CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 Oktober 2012

SEKADARCORETAN


Biar aku cuba 
Setelah lama jari  jemari ini tidak menari dipapan kekunci
Menzahirkan ilham yang terkadang dicari
Atau terkadang muncul dengan sendiri
Lama terperuk dan diperuk
Hingga untuk menyusun satu ayat terasa berat
Payah atau terlalu sukar

Bila sesak terasa
Sendat menerpa
Saat untuk bercerita itu tiba
Beribu tajuk
Bercampur baur
Tapi..pada siapa?

Mereka?
Mereka? Mereka?
Bukan ..
 Kerana mata hanya berat memandang
Lalu ditafsir
Kemudianya disimpulkan
Menjadi satu fakta
Dimuktamadkan
oleh Mereka, Mereka

Pada siapa lagi selayaknya?
Diri? Diri?
Ya!
Kerana semuanya tertanggung disini
Dari seraut senyum
Hingga terkekeh tertawa
Dari lena mata yang belum pasti nyenyak

Biarlah cerita ini hanya untuk aku
Tidak terhitung silap
Bukan hanya kerana mereka salah meneka
Salah dari diri yang bergelar manusia
Sedangkan ini adalah percubaan 
Percubaan dan percubaan
Walau tidak terkira aku mencuba

Suatu masa dengan izinNya
Aku terlalu pasti
Masa itu akan tiba.

-akupentoi-



04 Oktober 2012

NOSTALGIA



-syhhhh-