CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

21 Mac 2011

AKHIR ZAMAN


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh.

Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’".

Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."

Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu.

Tsunami baru je cuci kawan kita kat atas tu. Kalau Allah s.w.t cuci semenanjung Malaysia sekali agak agak baru semua nak ada akai kot?

PORAH!!!!!!!


apa punya bangang
lain orang punya hal lu mau tumpang
apa lu ingat semua benda mau sebat
satu dunia lu mau rembat

agak agak la wei
jangan ingat ini dunia lu mau jadi tokey
sana sini lu mau serang
tak boley idup kalau tak perang

apa barang lu ada
hasil bumi sendiri habuk pun tarak
kaut sini kaut sana
kasi boncit saku tapi tiris juga ada

dulu Sadam lu tibai
sampai lubang cacing lu bedal
sekarang Libya pulak lu intai
ini cerita tatau bila boley selesai

macamana itu Osama mau diam
dia punya saudara lu kasi godam
negara besar lu kasi hantam
itu satu orang sampai skrg lu tk leh terkam

mana lu punya bapak punya teknologi
dari perut bumi sampai atas langit lu boleh cari
itu tepi tepi punya negeri pun tarak perut sama hati
kapir nak tibai hang pun nak ikut sekali

mau jadi proksi
janji untung diri sendiri
ingat idup tak ingat mati
lupa ini dunia siapa kasi!

-akupentoi-

18 Mac 2011

TIMUR



 Dari tompokan gugusan pulau menjadi sebuah negara
Merah bercahaya sang suria terbit dari sana
Kemajuan dan teknologi ibarat raja diAsia
Menjadi idola negara dunia ketiga

Bermula gegaran teramat kuat dengan 8.9  pada skala ritcher
Diikuti arus deras tsunami melanda.
Letupan rektor nuklear dan radiasi menjadi puaka.
Salji turun ketika kediaman lenyap ditelan dunia

Kini kemusnahan bukan hanya disana
Kesan teknologi sedang merayap kesegenap buana
Kelam dan kabut tetangga memanggil pulang sang warga
Marga sendiri berpusu meninggalkan negara

Bersimpatilah dengan dugaan yang telah menimpa
Telah ditakdirkan ini adalah bahagian buat mereka
Mungkin esok atau lusa giliran kita
Berdoalah semoga dijauhi dari segala malapetaka
  
Khuatirkah kita?
Kuasa siapa?
Siapa lebih berkuasa?
Bukankah dunia ini Dia yang punya?
 Dan sedarkah bahawa lahir kita sebagai hamba?


"Apa sahaja boleh hilang dalam sekelip mata
Hingga tak termampu akal untuk meneka"

-akupentoi- 


14 Mac 2011

100km/h (ini bukan lagu rock)

menghala ke selatan
jalan besar tiga lorong berbayar
kadang kadang dua lorong
tercacak tiang besi kasi tau
'110km/h'

dilorong paling kiri mengekori seekor kenari
 70km/h terpampang dipapan pemuka
usha cermin sisi untuk  keluar memintas
bagai peluru sebuah kereta besar meluru
110km/h kah itu?

tekan pedal minyak..
110km/h
 dan lorong  tengah diambil
aman untuk seketika
belum sampai setengah kilometer
gedabak lori tangki 
70km/h dipapan pemuka
ceh..


klip, klip lampu isyarat
keluar ke lorong paling kanan
110km/h dipapan pemuka
dicermin pandang belakang
rapat sebuah per wira
ahh..gua 110km/h ni.


perlahan kembali ke lorong tengah
110km/h dipapan pemuka
kereta besar orangputih pulak makan angin!


ke lorong paling kiri
kini 70km/h dipapan pemuka
bersusun pulak kereta dibelakang nak pintas
hmm..
kasi singnal lepak RnR lagi baik.


nanti gua dah caj balik
luorang sume lepak tepi
gua nak tukar had laju 
jadi 220km/h.