CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

13 Jun 2009

CERITA KWN GUA (real story)


Ada budak baru kerja kat tempat gua..kebetulan rumah dia tak jauh dari rumah gua...so gua pelawa dia pergi kerja sesama. Pada suatu hari..gua ckp kat dia..'D...mlm ni kita pekena daging salai kt kg baru amacam?'..dia kata..'ok...abis keja amik gua kat rumah'..kebetulan rumah mamat ni berhampiran dengan masjid.. so masa gua ambik dia dan lalu depan masjid tu...gua ada tny...'D...selama lu tggal kat sini dah berapa kali lu berjemaah kat masjid ni?'..

Dengan penuh keimanan dia menjawab...'Alhamdulillah...sekali pun belum pernah'.....Cehhh...hampeh kelapa muda tulll....!!!!

-akupentoi-


11 Jun 2009

JAUH



jauh yg tak pasti

bila ianya akan berakhir

aku masih ingin bermula

tapi entah dari mana


cuma yg diperam

tak siapa yg tahu

terkadang aku sasau

bila sesuatu datang mengganggu


aku cuma ingin hidup sendiri

jauh dari kacau bilau otak

otak yg tinggal sedikit untuk waras

biarlah aku disini..

-akupentoi-

nota tapak: aku tgh mengong.....kepala rasa nak pecah....jiwa kaco gila...rasa nak bunuh diri pun ada..


07 Jun 2009

MAK BAPAK


terima kasih untuk arwah mak yg lahirkan aku

terima kasih untuk pak yang membesarkan aku

terima kasih untuk adik beradik yang byk bersusah sebab aku

terima kasih pada tuhan yang kasi aku peluang untuk hidup

terima kasih pada kengkawan yang sudi jadi kawan

terima kasih pada aku yang kekadang buat aku keliru...

terima kasih..terima kasih..terima kasih..

selamat hari ibu

selamat hari bapa

selamat untuk semua..

-akupentoi-


08 Mac 2009

TUJUH HARI BULAN


Orang tua berjanggut putih dan bersonggok hitam itu segak bersampin. Walau usia telah mencecah ke angka tujuhpuluhdua tahun beliau begitu bersemangat untuk berjuang tentang satu-satunya yang amat patut untuk dibanggakan oleh setiap bangsa yang tak bangsat! Walau diasak oleh mereka yang berbaju biru pekat dia tetap teguh untuk menyerahkan sehelai kertas buat tatapan penghuni singgahsana. Penghuni yang singgah hanya untuk lima tahun sekali.

Dr Baha, Ainon Ahmad, Dr Hasan berjuang untuk siapa? Tak pandaikah mereka berbahasa Inggeris? Anak-anak pak polisi yang sembur cannon water tu tak terasa tempias ke?
Aku anak melayu yang fasih bercakap melayu..loghat utara, selatan, pantai barat...cuma pantai timur yang payah aku nak ikut loghat mereka. Aku amat berbangga sebab Bahasa Melayu adalah bahasa perantara dibumi Malaya ini walau kekadang bahasa omputih tu cuba menyelit. Aku tak pernah menafikan kepentingan bahasa omputih untuk kita mengejar kemajuan. Apa sangat pentingnya mata pelajaran yang amat penting tu dialih bahasakan? Negara Jepun maju sebab math dan sains diaorang dlm bahasa omputih ke? Camne pulak ngan Russia yg kerap kebulan dan boleh kasi angka sawan kita gi makan angin free ke angkasa?

Satu je aku nak tanya pada pak fru dan pak polisi....korang tembak gas..tapi....anak-anak korang belajar kat mana dan kenapa tak diBahasa Inggeriskan saja Bahasa Melayu itu sendiri...? Bukankankah lebih untung untuk para pencetak buku?....Errrrr.....pencetak tu siapa.....?
Apa beza zionis yang menyerang Gaza jika didalam kawasan masjid negara itu sendiri dibedil dengan gas pemedih mata? Kenapa tak diG4 je terus...? Bukan ke keluar masuk bom tak direkodkan..?

-akupentoi-


07 Februari 2009

APA LAGI?



Lari sekejap dari segmen merapu. Ada mata yang tertumpu kepada ehwal semasa. Satu peristiwa yang telah menjadi satu sejarah buat negeri aku. Mungkin juga yang terbesar selepas Si Putum menetak Birch. Apa yang pasti ianya telah termaktub sebagai sejarah.

Kenapa ianya berlaku diPerak? Malunya aku untuk menjadi seorang warga negeri yang pernah menjadi pengeluar bijih yang terkenal dirantau ini. Kuasa yang dipunyai rakyat dibataskan oleh kuasa elit dan politik.

Memang termaktub didalam perlembagaan tentang kuasa yang dimiliki oleh institusi Raja tetapi jika difikirkan secara rasional dimana hendak dihumban kepercayaan rakyat. Diguna sewaktu diperlukan. Lebih baik bentuk saja sebuah negara kemudian setiap pemimpin dipilih oleh institusi Raja. Apa-apa saja yang terjadi tanggungjawab terletak pada Sultan atau Raja. Godam saja intitusi tersebut seperti apa yang telah terjadi dengan web site DYMM Sultan Perak. Pilihan lain, Republikkan saja negara Malaysia ini. Usah laungkan kemajuan jika masih dikongkong oleh tahap pemikiran para pemimpin lapuk.

Aku bukan memihak kepada mana-mana parti politik dan aku tidak berdaftar dengan mana-mana parti. Aku lebih suka memerhati dari menyertai. Lihat apa yang dah terjadi. Apa akibat kepada mereka yang telibat secara langsung dalam bidang ini? Kami ingin bebas, tidak terikat dan dibelengu oleh sindrom yang merosakkan kemajuan atau menjadikan kemajuan yang porak lagi peranda. Bukan bebas yang dikongkong seperti yang diwar-warkan oleh orang yang tidak faham apa itu 'bebas'.

Majoriti kerusi di Perak dalam PR dimonopoli oleh kaum Cina. Dari sini dapat disimpulkan bahawa kaum Cina adalah pengundi teramai dinegeri Perak. Apa yang terjadi setelah ianya dirampas? Dilarikan oleh kaum Melayu? Bukankah disitu terjadinya konflik walau ianya berlaku secara 'underground'.

Tergerak aku untuk mencoret tentang politik adalah didorong oleh rasa terkilan yang amat sangat. Seolah-olah rakyat di negeri Perak diperbodohkan atau lebih tepat dibongokkan oleh mereka yang tamak dan gilakan kuasa. Kaum yang memainkan peranan tersebut adalah bangsa aku sendiri. Bangsa yang hilang prinsip dan tidak punya pendirian. Setiap yang berlaku punya penyebab...

Dimana kesudahan atau noktah politik Malaysia? Sumpah jadi mainan. Inikah yang hendak diwariskan buat generasi akan datang?

Telah ditinggalkan dua perkara..sunah sebagai ikutan, Al Quran sebagai rujukan.