CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 September 2010

MEREPEK MERABAN


Pagi ni mata gua masih terkebil2 lagi
Nak pejam..tapi macam kena sengkang ngan batang mancis api
Layan poker jumpa lak Kimi
Wa taruk besar pny...bukan untung tapi rugi..
Bukak blog..perah otak mau bikin kacau diri sendiri
Emosi pulak macam mau mintak subsidi
Kotak merah dari tadi sudah habis isi
Mau keluar pegi beli..jam sudah pukul 3 pagi..

Huh..gua dah malas nak mencari cari
Perkataan sesuai untuk dijadikan puisi
Kamus dewan edisi 4 wa dah usha tapi sengkek camne mau beli?
 Lagipun tebal sangat..takut tak mampu nak dihalusi
Wa tgk kt dlm dia ada bahasa jawa, indon, iban dan tah apa lagi
Semua ada kat sana..terpulang rajin nak cari atau dh beli simpan kt dlm laci

Huh...tekak rasa cam mau minum kopi
Mau turun bawah masak air...aduss...wa malas gila babi
Nasib baik kt tepi katil botol air masih ada isi
Apa mau tunggu lagi 
Tibai la...kasi tau kat tekak air ni lebih sedap dari beli kt McD...
Dah abis dah idea wa...cukup la sampai kt sini..
Nanti nanti la....wa merapu lagii...
HAHAHAHAHIHIHIHI

-akupentoi-

23 September 2010

CERITA 1 PETANG


Lama gua perhatikan...satu persatu plastik sampah yg berselerak kat atas jalan tu dia kutip dan masukkan ke dalam satu karung yang lebih besar. Tutup botol oren pun dia kutip. Masa kekecik dulu rajin gak wa kutip untuk buat main. 'Pentoi!...lu nak tapau air?'. Jerit kawan gua dari atas motor sambil tangan dia mengewang gewang..ibu jari taruk kat mulut wat isyarat nak minum. 'A'ah..lu tapau gua air coke 3'. Balas gua. 'Lu nak mandi guna air coke ke?'. Banyak songeh plak kawan gua ni. 'Boleh gak, kalo sah wa wat mandi junub terus'. Blah terus mamat tu dengar gua jawab.

Pendekkan sebab wa malas nak taip. Kawan wa balik bawak air. Penuh tangan dia dengan plastik bungkusan air. Nak tergelak pulak wa tengok. 'Bak mai ayaq tu'. Belum sempat kawan gua kasi wa dah ambik dari tangan dia. Terus wa pergi dapatkan Apek yang tengah kutip plastik tadi. Wa kasi satu bungkus kat dia dan satu bungkus lagi kat bini dia. Wa rasa bini dia la tu.....takkan awek plak! 'Aiyoo....apa ini kawan?' dia tanya gua. 'Gua belanja lu minum'. Sambil wa serahkan sebatang rokok kat dia. 'Apasal lu mau belanja gua?'. Aduih....banyak tanya la apek ni.....kang wa ambik balik kang...'Wa punya anak, satu air pun tak pernah beli kasi gua, apasal lu Melayu mau kasi wa air?' Dia tanya wa lagi. Gua amik lighter dan nyalakan rokok kat mulut dia. 'Ini hari lu ada 'ong' ma'....balas gua.

'Kawan...banyak tima kasih oo...Dia tepuk bahu gua.  'Aiya....tarak apa punya...lu minum saja, wa bukan mintak lu bayar'. Wa terus blah tinggalkan apek tu ngan bini dia.

Masa wa tengah perhatikan diorang kutip plastik tu, suami dia hulurkan tangan kat bini dia mintak botol air. Kebetulan plak bini dia tengah minum dan mungkin air tu dah tinggal skit sangat dan habis. Nyonya tu urut urut tangan laki dia. Tak tau la apa yang dia cakap sebab wa jauh. Apek tu bukak topi dia dan kipas kipas sebab panas kot. Masih ada lagi adengan macam tu kat depan mata gua. Adusssss...!

Sekadar coretan buat yang sudi membaca dan mahu berfikir....

-akupentoi-


30 Ogos 2010

BUKAN





Di menara tinggi kau bertakhta
Mengarah dengan telunjuk, suara berserta gerak gaya
Bagimu kuasa adalah segalanya
Benar, bukan mudah memperolehinya tanpa usaha
Benar juga bukan mudah untuk mempertahankannya
Teramat benar, ia takkan bertahan untuk selamanya

-akupentoi-



13 Ogos 2010

DIPENGHUJUNG


Ketika resah menguak pintu silam dan menjengukkan wajah
Pantas kau berpaling untuk mengalih arah
Namun ia lebih tuntas menerjah
Dari satu sudut, sekilas menerpa membentuk sebuah daerah

Benar, sayembara indah pernah dulu digubah
Diolah dengan santun penuh berhemah
Tiada terpalit gundah, tiada gelisah menyapa atau menyinggah
Andai ditamu payah,susun atur langkah semakin gagah meredah

Tiada sedikit pun keluh dari anak tekak mendesah
Pasrah sebagai hamba perlu tabah dengan setiap arahan tertera disurah
Namun kau campak dan sanggah nikmat abadi
Mata kau butakan dan telinga sengaja dituli

Lorong semak berduri menghiris kaki mampu diharungi
Dihampar seinci permaidani, teralpa sehingga hilang kawat memagar diri
Sangkamu selesai payah dilewati, ternganga pintu kesenangan menanti

Kau bolosi dan cerobohi semahunya
Nafsu kau anugerahkan makhkota menjadi raja
Mata sengaja kau buta kini mengubah keburukan menjadi sebaliknya
Melompat ria menghenyak bahu kirimu menambah dosa

Lembut lidah mengalun melodi sabdu dan harakat bertukar nada menghayal jiwa
Kau robohkan batas dan musnahkan hadmu sebagai manusia
Dulu sering lenamu diserambi rumah tuan empunya dunia
Kini nyenyakmu hanya dilantai kaki kaki lima

Mahu ke mana? Mana hala tuju diri mahu kau bawa?
Telantar jasadmu diatas tilam nipis nan usang
Donggakkan kepala hanya dialas koran lapuk nan usang
Bayang bayang silam mula meliuk lentuk diawang awang
Mengetuk ngetuk menayang kisah kelmarin berulang tayang
Tentang saudara kandung, sahabat handai dan segala benda yang kau sayang

Dahulu tak henti menyapa dan sering menepuk  bahumu dari belakang
Teman berbicara, bergebang dan menemani sehingga subuh menjelang
Konon sering memapah disaat kau terhoyong hayang
Tiada tara kebaikan mereka sehingga tak termampu untuk kau timbang
Andaian terhadap insan sejagat terlalu jauh menyimpang

Kini hanya anak mata cuba mencerita 
Dahulu tangan umpama mulut petah berbicara kini kaku tanpa tenaga
Deria wajib dibasahi apabila panggilan itu tiba seperti tiada dianggota
Betapa hina disaat menunggu waktu itu menjelma

Andai mulut mampu bersuara dan segala sendi masih petah bertingkah
Pasti akan dihambat kembali segala lipatan sejarah
Tidak akan ditinggal yang wajib, sunat dan makruh walau sebesar zarah
Sebolehnya ingin kau kembalikan kehidupan kepada fitrah

Pintamu, berilah peluang terakhir untuk membentang sejadah
Akan cuba ditebus dosa dosa sudah
Sangkamu untuk menghapus segalanya begitu mudah

Tiba tiba terasa dahi sejuk diusap
Telinga menangkap bait bait yang dulu acapkali kau ucap
Melilau anak mata cuba mencari untuk menangkap
Gerangan siapakah masih sudi memberi sesuatu yang amat kau harap

Jenuh memaksa mulut mengikut untuk menyebut namun masih tergagap
Terlalu kelu dan payah benar untuk mengucap rangkap
Diketika ini, ada yang menari nari dihadapan mata
Membawa segelas air, penghilang dahaga selama ini tidak pernah  dirasa
Dia berkata ‘jika syurga kau pinta sambutlah air ini sebagai pembasah rongga’
Berkata lagi ‘akuilah aku sebagai tuhan nescaya dirimu bukan lagi insan berdosa’
‘Sambutlah tanganku, akulah tuhanmu’ berulang kali dia memaksa

Kacau bilau dan entah mana satu patut diterima
Dan suara tadi kembali menusuk kegegendang telinga
‘Tuhanmu cuma satu dan Muhammad itu pesuruhNya’
‘Keluarlah suara, aku mahu menyebutnya’ pintamu didalam dada

Dari hujung jari kaki terasa sakit yang selama ini tidak pernah kau rasai
‘Apakah ini, sampaikah sudah masa dijanji’? peluh mula memercik didahi
Suara yang sedari tadi membisik mula tenggelam timbul untuk didengari
Tarian dihadapan mata semakin galak melompat ke sana ke mari
Sakit dari hujung kaki telah sampai ke pusat, dada dan semakin tidak terperi
‘Berikan aku udara untuk aku bernafas, aku ingin hidup lebih lama lagi’ jeritmu tidak siapa mendengari

Hanya mata mampu memerhati, keluarnya roh dari jasad adalah janji sedari azali
Disini…kau telah mampu melihat sekujur jasadmu sendiri..
Disini…kau telah tahu jalan selayaknya untuk ditelusuri..
Disini…kau merasai sesalan yang tiada tara untuk diratapi..

-akupentoi-

03 Ogos 2010

SEKILAS



sekali lagi jalan besar ini menganggu emosi

memberi impak mengejutkan imaginasi

panorama bumi dari variasi abad terkini


tempohari jalan ini juga aku lalui

setelah lama berfikir dan memerhati

kucalitkan disini sebagai memori


santapan mata menghantar isyarat ke hati

menceroboh minda, menggegar hujung jari

'Luahkan!'..kata naluri

untuk kau kongsi tentang apa dihayati

alam dan manusia adalah ciptaan Ilahi

muhasabahlah..bukan muhasarawak....

hehehehheehe

-akupentoi-

gua tak tau nak wat ending menatang ni camne....tetiba idea bleh lari plak..
wadussssssssssssssss!!hancus gua!!!