CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

13 Oktober 2011

JAMAL FEAT MALIQUE

AKU MAAFKAN KAMU

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
teda kena mengena dgn sesiapa hanya lagu**
salute utk malique**
lama tak jumpa uncle & untie....

01 Oktober 2011

IRIS ATAU ABID?

Bila nak start tulis cerpen ni macam tersangkut pulak nak cari nama watak utama utk dijadikan tajuk. Sama ada Iris/ Neesa/ Abid atau Rahmat Suhardi.

Apa kata kalau aku letak nama Adib? simple jak.. atau susah2..guna nama Pentoi. Wahkakakakka!

Ada lagi satu 'Melissa'. tapi nampak cam sesuai ke?

Agak agak nama mana satu yang agak kuat untuk aku jadikan tajuk.

Haaa..apakata kalau aku masukkan nama buah... kedondong?

Nama apa yang paling sesuai untuk aku letak kalau aku nak jadikan bakal watak dalam cerpen ni tugas dia sebagai seorang pensyarah universiti?

camne plak nak tukar url blog ha? takut2 terpadam plak nanti?
kompius plak aku....

30 September 2011

RAHMAT SUHARDI

 Teringat aku pada kata kata Saloma dalam cerita P.Ramlee

'KEBAHAGIAAN DI TANGAN TUHAN'

alamak!...apa kena mengena dgn tajuk?

jeng..!jeng..!jeng..!

nantikan sebuah cerpen penuh GHAIRAH...
dari 'akupentoi'

sinopsis

1. empat lelaki
2. seorang perempuan
3.seorang pensyarah
4. seorang budak
5. sebuah kedai

sedikit masa lagi....

29 September 2011

INSAN

Bangunlah...
Dari lena tidur yang panjang

Basuhlah..
Anggota wajib untuk kita dikenali kelak

Tunaikan..
Tanggungjawab sebagai hamba yang hina kepada pencipta

Pintalah..
Kerana Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

-akupentoi-



selagi bernama manusia...kita tak pernah terlepas dari dosa walau serban lebih besar dari kepala..



02 September 2011

GAZA TO NIGHT