CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

17 Februari 2012

LAYANKUNTUM

dari lensa henpon cap ayam gua...

 bunga ni besar 'dia' lbh krg 0.5cm

 ni besar skit sbb pasu 'dia' lbh krg 3 inci

 ni pn sama..kecik konek!

 yg ni beso..apa ke nama bunga ni tah...blasah je..

ni pn sama....nama gua taktau...cina tu pn tk ada tulis nama kt pokok ni..

terjebak layan pokok kaktus..berpinar mata beb..mcm2 warna...

cuba layan yg ni...

semuanya ciptaan Allah s.w.t...dia yang reka, gubah, hidup dan matikan...kita pun camtu jugak..masa ok org akan pandang..dan satu ari nnt kita juga pasti akan layu, kecut dan mati.

Cuma sekrg2nya biarlh ada sekuntum senyuman bila kita dipanggil pulang!

15 Februari 2012

SATUDALAMDUA

aku tahu kau masih datang bertandang
walau sesekali  menjenguk untuk memandang 
dan terkadang hadirmu seperti sengaja di undang
tahukah engkau segala yang berlaku tidak dapat aku halang

kebelakangan ini jejari tidak sepantas dulu untuk menari
mengetuk papan kekunci menyusun tata menjadi frasa untuk ditatapi
mengolah seloka berbahasa pasar dipertonton sahabat sejati
kini hilang dihanyut masa mencari sesuatu tanpa henti

-akupentoi-
-------------------------------------------------------------------


tanggungjawabku disini hampir selesai
minda juga telah aku persiapkan agar tidak lagi terlalai
pasti suatu masa nanti bertanya sikecil  siapa patut membelai
maka terangkan yang hak usah cuba menyimpang bagai

disini aku tidak lagi mahu berbahasa songsang
meski terlalu banyak fakta tersimpan bukan untuk dibentang
mulut juga lebih banyak berdiam berbanding zaman silam
hanya dibuka bila dirasa perlu untuk menerang

sesuatu pasti akan berlaku tanpa sedar
bila diri alpa dan terbiar
bila riak mengambil tempat tanpa rasa gentar
rehat sebentar, perhati, fikir tentang masa depan sebelum pudar

disini sebuah cerita bakal ditamatkan
setelah meneliti dari sinopsis hingga keperenggan
isinya lebih banyak berterabur tanpa hiasan
hingga kebabak terakhir masih tiada kesimpulan

aturkan sekali lagi
sebuah cerita tanpa banyak berilusi
susunkan skrip agar dapat menandingi
sebuah cerita silam yang berpaksikan mimpi!

-akupentoi-

05 Februari 2012

PENGHARAPAN


Sebelum mata tertutup rapat
Buntang, galak terbeliak memandang
Seakan ingin meresapi pemberian percuma didaerah ini
Kepala terhangguk umpama mematuk tidak lenguh
Hati melebar dada memidang
Walau duduk benar benar zuhud

Bukan! Kau menipu!
Hadirin disekelilingmu!
Itu yang kau tonjolkan!
Akhirnya kosong tiada laba

Bukankah daerah ini menipu?
Apa kau tidak tahu?
Kenapa kau tidak mahu menenguk ilmu?
Malu?

Buka mata dan akalmu seluasnya
Bicara memang terkadang celaru
Kita insan tiada lepas dari kesalahan 

Cuma genggam sedikit waktu
Paling kurang saat
Putar, kilas dan tenung
Dari mana mula dan siapa mencipta?
Bukan tingkah atau lenggok
Ianya jauh disuatu sudut
Betulkan
Dan pintalah
Dia pasti memberi!

-akupentoi-

SALAM DAN SELAWAT BUAT BAGINDA S.A.W

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَنَهُ يُصََلُّوْنَ عَلَىْ النَّبِى ,  يَا أَيُّهَا الذِّيْنَ ءَامَنُو صًّلُوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيمَا
  Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya sentiasa berselawat dan salam ke atas  junjungan Nabi. Wahai orang- orang yang beriman, ucaplah selawat dan salam ke atasnya dengan sebaik-baiknya.

-----------------------------
Dipangkuan isteri kepalanya
Berkata ia sukar diterka
Dan tengah hari Rabiulawal tahun 11 Hijrah
Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya
Hari panas ketika itu
Mentari mempunyai kisahnya sendiri
Dan langit masih penuh rahsia
Hari panas ketika itu
Aduh, Nabi sudah tiada

-Pak Samad -
Al Amin m/s 317

02 Februari 2012

CERITASATUSUBUH

Arbain, camtu la nama mamat tu. Tinggal kat Pokok Sena. Bukan bawah pokok tapi kt rumah atok dia Hj Hussain Ayaz Akram, keturunan Pakistan. Hari hari gendong kain ela buat jual kat pekan sari. Atok dia dulu naik beskal tua jual karpet ngan toto. Dulu dulu la.

Kat rumah Hj Hussain ada Toyota Camry model baru 2.4 warna putih. Kat cermin belakang keta tu ada tulis ' Proud to be Pakistan. Hj Hussain selalu bawak van Nissan C20 je bila pegi jual barang.

Karpet boleh hutang bayar Rm10 sebulan. Itu dulu dulu. Sekarang ni cakap je nak apa? Perabot, barang letrik semua ada. Semua boleh utang bayar sikit sikit. Arbain datang collect utang pakai kapchai Ex5. Baju kemeja lengan panjang seluar slack.

Adoyai...sebelah kedai Hj Hussain ada satu kedai repair keta. Signboard kedai tu tulis 'Kedai Repair Kereta Bahadar'. Selang dua buah kedai, ada lagi satu kedai perabot. Signboard dia tulis 'Kedai Perabot Ashfar'.

Habis bungkus kena pancung! Orang melayu keja ngan Pakistan plak. Kedai runcit 'Acheh' pegang. Elok sgt la tu. 1 Malaysia kasi tapau! Aaaaa...ada lg satu. Kedai 1Malaysia. hahahahahahahaha


tetiba plak emo...gua saja nak conteng2 je tadi.