Dalam selesa aku menempuh kekalutan
Terkadang keluh menerpa keluar menzahir lelah
Namun masih mampu untuk di tepis
Apabila terpandang wajah wajah nakal nenanti di gerbang
Cerita keluh terubat telah lama berlalu
Penat kini hanya mampu di padam oleh mimpi malam
Silap dari langkah yang goyah
Konon terpesona indah tapi helah menyengah
Mengah, lelah dan payah
Dari terduduk berpeluh letih aku cuba untuk berlutut
Kemudian bangun perlahan memegang pohon
Mengah, lelah dan payah aku lempar ke dasar
Terpasang niat untuk berlari setelah mampu berdiri
Dari lelah dan payah cuba aku ukir senyum di wajah
Terasa ada cahaya menyuluh, ada tangan membantu supaya tegak
Di ketika ini aku kembali mencari rentak agar tidak retak
Mana tahu, azab kembali menyengah aku
Tatkala kaki baru utuh untuk berlari
Pohon yang di pegang rupanya ranting rapuh dan ampuh
Cahaya menjadi malap dan tangan itu hanya ilusi halusinasi
Ohh..begini…aku di kejutkan..
Hukuman ke atas kamu masih berjalan
Tiada sebarang nota atau amaran
Ini balasan ke atas kamu sepertimana kamu lakukan
Kali ini aku terduduk lagi, lumpuh segala sendi dan nadi
Hanya otak ligat beputar mencari mana jalan keluar
Langkah dari gogah di papah kini kaku bagaikan kosong tak terjejak
Megah, lelah dan payah bertukar menjadi pinar berputar
Perlahan aku mengesot ke muka pintu
Melangut sejenak ke langit berbalam ciptaan tuhan
Terdetik hati bertanya..kenapa masih aku di pilih?
Tak cukup lagikah sengsara di lempar ke dada dan minda?
Di kiri datang tanpa di undang
Mendendang bait bait sinis tentang teman kaum Adam
Di kanan pula menerpa bertalu mengingatkan kepayahan kaum ibu
Aku bertambah buntu, otak sesak, terhentak, semak
Lalu berpaling ke meja di alas akhbar harian
Sebiji botol kaca, sebatang straw dan bungkusan kecil kejernihan
Oh..di sini tempat aku, apa perlu kau fikir?
Jalan mu bukan lurus dan kau fakir
Berteman botol kaca , aku menulis untuk bercerita
Meluah segala terfikir tentang apa itu takdir
Bukankan Dia pengasih dan penyayang
Jika ini takdirNya kenapa di terpa
Dan akhirnya aku merasa sengsara
Adilkah untuk aku sebagai hamba atau
Memang lahir aku bukan untuk dunia?
Menghadap meja kayu beralaskan buku aku berteleku
Bertanya pada diri silap di mana kali ini
Bukan telah diberitahu tegur jika silap aku perlaku
Agar jalan itu mudah untuk di tuju!
Cuma gusar menari di akal
Apakah semua ini rancangan sedari awal
Membenamkan kembali setelah aku mulai sedar
Supaya tidak mampu bangun
Benamkan aku hingga terduduk dan tersandar
Curiga juga aku pada hukum akal
Cari saja salah sendiri sebelum pada orang lain ia di lempar
Terpaku ketika mata terpandang sekeping gambar
Aku berkata padanya hentikan karma ini dari berputar
Segala apa terjadi adalah azab supaya aku sedar
Atau mungkin lebih jauh aku tersasar
Ah..untuk apa berfikir lagi
Biarlah..kerana segala di kurnia bukan realiti
Hanya satu permainan dari insan dengan izin tuhan
Bukan simpati mahu di raih berpanjangan
Cukup untuk aku melihat satu rentak sebuah kehidupan
Sebuah lakonan atau permainan ciptaan
Melengkapkan satu lagi episod sepanjang perjalanan
Menjauhkan aku dari semua kebaikan!
-akupentoi-