LAMA dia merenung jauh ke arah sungai keruh yang mengalir perlahan yang entah dimana penghujungnya. Dari atas tebing yang tingginya hampir limabelas kaki dari aras sungai, Leman duduk mencangkung seolah-olah ingin melepaskan hajat. Semak-samun yang mengelilingi tempat dia mencangkung amat jauh berbeza ketika dua orangtuanya masih ada. Inilah tanah tempat Mak Rubiah melahirkannya lebih dari suku abad yang lepas.
Dari atas tebing dengan jelas Leman dapat melihat dahan-dahan pokok yang tenggelam timbul dibawa arus. Sungai yang satu ketika dahulu amat jernih airnya kini telah bertukar kepada warna teh susu kaw kedai mamak. Sungai yang satu masa dahulu menjadi keperluan asas penduduk kampung, kini seolah-olah tidak pernah wujud. Sungai inilah yang menjadi penyambung warisan penduduk kampung Periang. Satu daerah kecil dipendalaman negeri Perak.
Pokok rambutan kahwin yang ditanam oleh arwah bapa saudaranya yang dipanggil Nyah, telah lama tak berbuah. Entah kenapa semenjak kematian tuannya, pokok itu seakan berkabung, merajuk sehingga tak mahu berbuah lagi. Dulu, semasa Leman kecil, pokok rambutan ini lebat berbuah. Kawasan tempat dia mencangkung ini pun dulu amat bersih. Ada pokok langsat, manggis, durian, mempelam dan rambai. Sekarang ni pun semuanya masih ada. Cuma dah jadi hutan, semak...sesemak kepala Leman.
Rokok daun nipah yang digulung dengan tembakau cap semut sudah tiga kali padam ditangannnya. Dinyalakan semula oleh Leman dengan menggunakan mancis api cap orang utan yang tengah pegang batang mancis. Nafasnya disedut panjang kemudian dihembuskannya melalui mulut, seolah-olah ingin membuang jauh segala macam perang yang bersarang didada dan diminda. Setelah hampir pengsan dengan ketiadaan oksigen diparu-paru, dia menyedut dalam-dalam rokok nipah yang dinyalakannya tadi seolah-olah hanya dengan satu sedutan mampu untuk menghabiskan setengah batang rokok.
Ahhh.....fuhh...dihembuskannya semula asap yang disedut. Tangan kirinya mengewang-ngewang diatas kepala menghalau nyamuk dan agas yang kerjanya hanya tahu menhisap darah.
'Penat...' keluh Leman seakan bebisik, kenapa mesti semua ini terjadi keatas dirinya..Dia tak minta untuk dilahirkan dan kenapa mesti kehidupannya sahaja yang diuji? Sudah ramai orang disekeliling yang diperhatikannya. Leman akui suku dari orang-orang yang diperhatikankannya memang tiga suku. Kalau tak tiga pun, mungkin dua atau satu suku, tapi pada pandangan Leman mereka semua lebih bernasib baik
'Ahh..tak adil..' degusnya sekali lagi. 'Macamana aku boleh lupa nak tambat joran aku ni!!'. Dengan muka yang merah padam Leman bingkas bangun untuk pulang ke rumah setelah joran jenama 'shimano' lengkap dengan mesin 'ryobi' hanyut entah kemana setelah disentap oleh ikan liar penghuni sungai Perak tatkala tangannya seninya sedang membalut rokok daun nipah.
Moralnya: kalau mancing disungai berhati-hati dengan saiz ikan...
mula-mula aku nak buat cerpen...pastu tetiba ada makanan pulak terhidang so aku ambik keputusan untuk tidak menyusahkan otak sebelah kiri aku...
-akupentoi-