CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

10 Ogos 2009

CERITA ORANG



Lama gua berbual dengan seseorang yang gua baru kenal..banyak benda yang diluahkan. Gua hanya mampu untuk mendengar.

'Lu tau tak?' dia tanya. 'Tak'. Gua jawab. 'Gua dah benar-benar bosan idup kat dunia ni, adakala gua rasa nak mati cepat lagi senang'. Dia diam pastu dua2 tapak tangan gosok kat muka. Tenyeh2 idung dan mata cam baru lepas kena ubat tapi gua confirmed mamat ni normal, tak stim.

'Buat apa gua nak susah2 idup, lagi panjang gua idup lagi susah. 'Dah la kat dunia pun idup susah..nanti mati pun mesti lagi susah.' Gua dah mula kacau. Berapa banyak susah da.

Gua diam tunggu dia sambung. 'Kenapa orang lain senang, apa yang diorang nak semua dapat tapi gua tak?'. Gua perhati mata dia dalam2. 'Gua tak pernah pun mintak idup kat dunia ni, bila dah lahir ni yang gua dapat. Takdir gua memang tak macam orang lain. Kekadang gua rasa nak pegi balai polis pastu rodok perut pegawai polis yang ada kat dalam balai tu. Biar gua kena tembak. Mati cepat sikit. Lu ingat gua tak mampu bikin ke'?. Dia kasi soklan pulak kat gua.

Ishhh..mamat ni pehal, biar betul. 'Apa lagi jahat yang gua tak buat?. Gua cuma belum bunuh orang je lagi. Bila sampai akal gua tak boleh berfungsi semua ni tak mustahil boleh jadi'.

'Rilek la bro, guna akal yang waras'.Gua cuba jadi Dr Hassan Ali. 'Rilek lu cakap, lu tak ada kat tempat gua. Lu mana tau!!!'. Aduh..pehal nak sound2 gua plak nih? Macam biasalah..setiap susuk tubuh yang masuk ke kedai tempat gua kerja pasti gua sapa. Tak kira punya..semua gua belasah, janji masyuk.

Termasuklah mamat yang tengah sembang dengan gua ni. Mula-mula dia tanya gua pasal L.C.D saiz limapuluhdua inci. Pastu masuk bab karaoke. Last2 sembang sampai lepak kat luar kedai. Dia hulur gua 'gudang garam'. 'Tak isap'. Gua menolak.

Start dari situ dia mula bercerita. Kebetulan hari ni suasana kedai agak tenang jadi gua pun layaannn. Macam-macam dia cite...dari start sekolah rendah sampai menengah. Masuk kolej, masuk u, kahwin cerai...semua dia cerita. Gua hanya mampu jadi pendengar yang setia.

(diskusi ni lama berjalan tapi gua tak mampu nak muatkan semua untuk dijadikan entri sebab magrain gua dah mula ketuk dahi)