'Hey...! apa kau nak buat dengan perkataan-perkataan tu?'. Jari telunjuk menunding sambil mulut mengomel.
'Aku nak atur dan susun supaya ianya menjadi sebaris ayat'. Bungkam memeluk lutut.
'Ayat..hah..aku dah meluat baca ayat kau..!'. Bentakan suara keras keluar dari mulut.
'Aku hanya mahu menyusun agar ia sempurna. Aku hanya mahu mengolah, mengikut rasa hati'. Tenang dan yakin memberitahu.
'Tak perlu lagi kau olah, susun atau atur. Tiada siapa yang mahu melihat, jauh sekali membaca'. Bersembur air liur mencaci.
'Ah..lantak aku la..ko apa duli..hehehe..'
diskusi antara aku dgn aku....dah dekat2 nak schizo ni..hehe..