CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

12 November 2010

DIPENGHUJUNG 2




Mereka datang, menyerang dan berperang
Dengan peluru sukar di bilang tanda megah di alam terbentang
Apakah di hidang?
Bukankah nyawa dan roh yang melayang?

Itu di sana..
Di suatu sudut berperang kerana kuasa
Beralih sedikit di tengah muka dunia
Di antara benua terbesar di atas peta
Terletak nun timur di antara

Kenapa itu terjadi?
Bukankan berpaksi empayar ini pernah gah di bumi?
Di pijak, di henyak dan di buli sesuka hati
Andai dihitung antara  penganut teramai dimuka bumi
Disabdakan bahawa khalifah itu adalah perwaris segala nabi

  Mengapa longlai? andai gugur telah dijanji jauh dari azab kubur
Semerbak harum wangian syurga menanti disana
Difirman juga gunakan harta dan tenaga untuk membela
Andai payah kerahkan suara agar keluar dari rongga
Setidaknya tekadkan dihati
Tanda masih beriman walau seinci

Ayuh! tanda seruan semakin jelas kelihatan
Memberi peringatan agar luruskan saf sebagai sempadan
Sebelum nokhtah memberhentikan segala urusan
Jadikanlah satu pintu itu mudah untuk kita seperti dipesan!

-akupentoi-