Dari tompokan gugusan pulau menjadi sebuah negara
Merah bercahaya sang suria terbit dari sana
Bermula gegaran teramat kuat dengan 8.9 pada skala ritcher
Kemajuan dan teknologi ibarat raja diAsia
Menjadi idola negara dunia ketiga
Bermula gegaran teramat kuat dengan 8.9 pada skala ritcher
Diikuti arus deras tsunami melanda.
Letupan rektor nuklear dan radiasi menjadi puaka.
Salji turun ketika kediaman lenyap ditelan dunia
Kini kemusnahan bukan hanya disana
Kesan teknologi sedang merayap kesegenap buana
Kelam dan kabut tetangga memanggil pulang sang warga
Marga sendiri berpusu meninggalkan negara
Bersimpatilah dengan dugaan yang telah menimpa
Telah ditakdirkan ini adalah bahagian buat mereka
Mungkin esok atau lusa giliran kita
Berdoalah semoga dijauhi dari segala malapetaka
Khuatirkah kita?
Kuasa siapa?
Siapa lebih berkuasa?
Bukankah dunia ini Dia yang punya?
Dan sedarkah bahawa lahir kita sebagai hamba?
"Apa sahaja boleh hilang dalam sekelip mata
Hingga tak termampu akal untuk meneka"
-akupentoi-