Sungguh ngeri ketika langit terpecah-belah
Lalu merah bak mawar, berkilat seperti minyak melimpah..
Apa lagi antara nikmat Tuhan yang hendak didusta?
Tatkala itu tiada sesiapa
Apa lagi antara nikmat Tuhan yang hendak didusta?
Tatkala itu tiada sesiapa
Manusia atau jin, akan ditanya tentang dosa
Kerana telah dikenal mengikut amalan didunia
Apa lagi antara nikmat Tuhan yang hendak didusta?
Orang berdosa dapat dikenal dari tanda
Apa lagi antara nikmat Tuhan yang hendak didusta?
Orang berdosa dapat dikenal dari tanda
Lalu dipegang dari atas kepala dan kaki serta diseret ke neraka
Apa lagi antara nikmat Tuhan hendak didusta?
Apa lagi antara nikmat Tuhan hendak didusta?
Diberita kepada mereka
"Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
Lalu berulang diseksa antara api neraka
Lalu berulang diseksa antara api neraka
Dan air menggelegak tiada tara panasnya!
Masih mahu berdusta?
Masih mahu berdusta?
-Ar Rahman-