Jam kat lap top skrg ni tertera pukul 3.17am. Tarikh 06/12/2011. Baru je kejap tadi aku merayap ke page 'statcounter'. Liplap liplap, rupanya blog ni dah wujud dari tahun 2008 lagi. Masa tu macam ayam togel. Hehehe.
Satu persatu aku klik. Rasa mcm nostalgia plak. Ramai kwn2 yg satu masa dulu layan blog dah hilang. Mana diorg pegi tah. Aku cuba jejak mereka melalui url, ip dan mcm2 yg buat pala otak aku jadi bangang. Ada yang aku dapat dan ada gak yg ilang tk dpt dikesan.
Rindu plak aku pada masa tu. Tapi masa tak tggu kita dan masa pasti akan ubah semuanya. Kalo la dpt ulang balik kan ke best?. Tapi aku tak mahu ulang zaman berblog. Aku nak ulang zaman aku habis SPM. Hehehe..
Banyak nama2 blogger yang aku salute dah tak de lagi. Woi! mana lu orang ilang ha?!!!. Ada jugak yg aku jejak dah ada facebook tapi 'private'. Huh..poyos!! termasuk la aku!!!!Ada gak fb yg dh tak aktif. Woi...pegi la bayar bil internet tu. Wakaka...
Mungkin gak melalui maya ni kita boleh kumpul musuh bila pentas ni disalah guna. Boleh gak jadi lebih baik kalo ianya kita guna sebaik2nya. Apapun yang dah lepas tu kasi lepas. Bikin baru, tak kira la melalui fb ke twitter ke apa ke. Mungkin kita boleh mulakan semula dan perbetulkan apa yg tk betul.
Dari sana mungkin yg selama ni byk bende yg tk berfaedah kita boleh faedahkannya. Betul tak? betul..betul..betul...hahaha. Lepak ramai2 pekena teh halia. Tak pn kopi susu ke.
Amacam? bernas tak pala otak gua pepagi buta ni?