CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16 Januari 2012

SAPAGUA?


Wokey, mula disini..
Sapa gua dari dulu sampai kini
Ada yg penah jumpa makan nasi
Ada gak yang penah jumpa makan mi
Ada gak yang jumpa apa2 pun tak kasi
Ada gak yang jumpa hanya dialam fantasi
Ada gak yang jumpa gua bagi lebih dari sepatut dikasi

Apa la spesial kat gua?
Apa pun gua tarak
Keluarga, kerja, harta.. mana gua ada
Hanya cita2 dan  pengalaman idup yg tak seberapa
Dulu gua penah nak berjaya
Silap.. dan gua jatuh tangga
Gua pelan2 bangkit bina semula
Sikit lagi nak rasa bangga
Merudum, berdentam dentum tergolek juga!

Bukan sikit gua korban
Selagi boleh bikin gua akan usahakan
Tapi last gua jugak rasakan
Bila hidup jauh dari tuhan
Dan kuasa, pangkat dan harta diutamakan
Sekali bila tuhan beri peringatan
Lu patut sedar skrg bukan dihari kemudian!

Bila kuasa, pangkat dan harta tiada
Siapa mau bersama?
Lu pny hal, lu tanggung sendiri la
Cuma ada cerita
Tapi kalu mahu sahih.. duk semeja
Dengar dari semua 
Jangan satu pihak saja
Orang...apa pun boleh kata
Walau serapat mana pun kita
Nama lagi manusia!

Masa...
Itu hampir tiba..
Dan gua akan terima..
Seadanya..

-akupentoi-