Dah disuratkan sejak azali bahawa susah dan senang dalam kehidupan adalah satu lumrah. Kalau semua orang susah siapa nak jadi orang senang dan macam tulah juga sebaliknya. Aku amat tertarik dengan komen-komen yang banyak dipublishkan diblog-blog tentang hidup dalam kemiskinan, kekayaan dan kemewahan. Ada perbezaan? Biar aku yang jawab pertanyaan aku sendiri. Sebab ini blog aku. MEMANG ADA PERBEZAAN. Bezanya bila dah miskin, hidup jadi susah. Tak kiralah miskin apa pun. Dah namanya miskin, memang susahlah jawabnya. Ada yang kata biar miskin harta jangan miskin budi bahasa. Pergilah naik LRT...bayar dengan budi bahasa!!!!. Kalau dah kaya, memang la senang tapi belum tentu tenang. Haa......aku setuju sangat dengan kenyataan yang aku buat ni. Nak buat apa pun no hal sebab dah kaya. Dah kaya mestilah banyak duit. Namun bab tenang ni bergantunglah pada orang-orang yang dah kaya tu. Aku taknak xplain. Ni yang last....MEWAH..KEMEWAHAN...mmmm...camna nak mulakan? Bagi aku....bila dah mewah maknanya dah mampu. Apa definasi mampu? Biar aku juga yang jawab sebab ini blog aku. Ironinya bila seseorang punyai kemampuan lantak dioranglah. Pendekatan paling mudahnya begini...katakanlah gaji mamat ni..'Ringgit Mahathir' 18k sebulan...takkan lah dia nak pakai kapchai..mana dia nak letak 'belen' gaji dia. Jadi lantak diaorang lah nak pakai '7 series' ke, ada 'hell li' sendiri ke, dah memang diorang mampu. Masalahnya sekarang, yang tak berapa nak senang ni yang selalu bikin kecoh. Kalau gaji lu orang 'Ringgit Mahathir 25k sebulan, lu orang nak ke lepak kat rumah pangsa area Pantai Dalam atau pun rumah pangsa kat area Desa Pandan yang dekat Tesco tu ke?.(aku tak terniat langsung nak 'kondem' korang, saja pinjam nama tempat untuk sedapkan cerita)
Sebenarnya aku sesaja nak tulis benda ni sebab otak aku tertanya-tanya. Kenapa aku masih lagi belum jadi kaya? Kenapa masih ada dikalangan bangsa aku yang mengangkat kening atau mencebik bibir bila orang yang sebangsa dengan mereka berkereta, berumah dan berbini yang besar-besar? Teringat aku kisah 'Seniman Bujang Lapuk'....'Orang baru mau mintak kirja, lu orang sudah macam-macam cakap. Amacam lu punya bangsa mau maju? Lu punya nasib lu makan, Dia punya nasib dia makan...apa salah kita makan sama-sama'...Aku tak pernah impikan kemewahan tapi cukuplah dengan kesenangan

-akupentoi-