CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

02 Mei 2011

DUACERITADARIGUA

'Hujan malam tadi, pasai tu jadi lagu ni'. Abg Amri bercakap pada semua orang. Aku rasa la sebab masa cakap dia tak pandang sesiapa. Orang Kedah tapi dah lama bermastautin di Gombak. Aku tabik spring jugak kat orang orang Kedah, Terengganu dan juga Kelantan kerana kebanyakan dari mereka walau pergi kemana saja loghat masih sama. Bukan semua. Ada juga yang malu nak mengaku asal usul! Apa nak ada? Orang Perak....hmmmm entoh..idok le teman tahu, lebih kurang serope je. Lantok deme le weh!

'Dah sampai, slow.. slow.. mau belok kanan. Kiri ada lubang besar, kiri ada lubang besar'. Suara dari walkie talkie. Team depan bagi isyarat. 'Roger, roger'. Balas Abg Amri. Kalau cakap guna walkie talkie kena ulang dua kali ke? Malas aku nak tanya, kang nampak bodoh sangat pulak.

Sebaik membelok kekanan tersergam sebuah gunung batu kapur. Dikaki gunung ada tasik. Dihadapannya tanah rata seluas setengah padang bola. 'Masyallah', tiada tandingan walau guna dslr. Betul aku terpegun. 'Dah..dah hang pa pi ambik wuduk dulu kita jemaah lepaih tu baru diri khemah' Abg Amri bagi arahan macam ketua komando.

sambung lagi la no...kepala aku maigrain...................................................