Denai becak berlopak tambah melambatkan lagi empat roda untuk berpusing ligat. Nasib baik kusyen nipis masih ada sisa sisa span untuk melapik punggung. Kalau tak mau gak buasir dibuatnya.
Kelmarin ada sahabat bertandang. 'Jom outing, lepak kaki gunung kat situ ada tasik'. 'Tengoklah camne'. balas aku. 'Overnite sambil layan dunia, layan pancing sekali. Dengar cerita kelah ngan sebarau baru buat port kat sana'. Belum pegang joran, awal awal aku yang kena pancing.
Kebetulan dah hampir setengah tahun aku menganggur. Kalau mesin atm tu boleh keluarkan baki yang tak sampai limabelas hengget tu dah lama aku cucuk kad. 'Orait gak lagi pun dah lama aku tak derma darah kat nyamuk'.Cepat pulak aku setuju kali ni. Sekurang kurangnya ada lubang buat kepala agung. 'Ok esok pagi aku ambik ko'. Bob, seorang kawan aku yang susah nak berhenti bila dah mula bersembang. Berbadan gempal dan ada tanda hitam kat dahi. Bila aku cakap, 'ko tenyeh dahi kat dinding ke Bob?', Dia kata 'tanda orang banyak dosa'. Dah, aku malas nak jolok lagi. Kang tak pasal keluar khutbah. Kalau setakat tazkirah tu kira ok lagi.
Dari rumah aku menuju ke utara mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Ikut jalan lama. Masuk ke Tanjung Malim lepas sikit dari UPSI team depan membelok kekanan, singgah disebuah kedai. Diorang cakap
'famous pau kat Tanjung Malim'. Kedai orang Cina, Yik Mun. Aku pekena kopi putih. Kaw gak. Kedai orang Cina tapi yang makan kat situ semua orang Melayu. Pekerja kat situ pun orang Melayu. Confuse juga aku dibuatnya. Aku dengar kuali berlaga kat belakang, cuba cuba juga aku intai. Oh! baru aku tahu.
Setelah semua orang kenyang kami sambung perjalanan. Dikiri kanan jalan masih ramai orang menjual buah durian. Teringat kampung halaman yang dah terlalu lama aku tinggalkan. Macamana la keadaannya sekarang.
Ada lagi ke pokok durian kat belakang rumah?.
'Pentoi! pentoi!' oi turun la beb, sangkut ni!' Jeb kejutkan aku. La..jauh juga aku mengelamun. Jeb, nama penuh dia aku tak tahu. Kawan kawan lain panggil dia Jeff. Aku panggil dia Jeb. Maklum la, orang Perak jadi lidah aku ni susah sikit nak kawal.
'Kalau tak turun tak boleh ke?' Cadang cadang aku nak buat lawak bodoh tapi bila semua muka macam berak kapur, laju je aku gelungsur keluar dari Trooper yang dah diubahsuai macam badak tu. Masing masing sibuk cari kayu, tarik kabel, korek lubang. Aku je terpacak macam tunggul. Mana aku tahu nak buat apa. Aku tak pernah join adventure team. Sedikit sebanyak aku mula belajar sesuatu yang baru. Team depan lepas tapi team aku kantoi. Mungkin over load. Dengan bantuan toyota Land Cruiser guna kabel yang ditarik senang je boleh lepas. Minat pulak aku dengan 4x4 ni.
sambung nanti lah..ngantuk..................................................
Waktu Hilangnya Islam - Ustaz Wadi Annuar
4 tahun yang lalu