CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

29 Disember 2010

belum ada tajuk


sunyi dan gelap ini tiba tiba mengejutkan
tika umat lena meletakkan kepala separas lutut
terbuka kelopak pancaindera
 lama ternganga 
 sebelum hati berdetik 'bersyukurlah'
 kerana dua alam masih berdampingan
deria bunyi menangkap jelas
manik manik halus jatuh menimpa bumi
tanda Ar Rad' sedang akur dengan tugasan
bersenandung si kodok
mungkin zikir dalam fahaman sang haiwan
lebih seribuempatratus tahun dahulu
pernah bersabda seorang makhluk tuhan
'mintalah tatkala umat sedang nyenyak
 Dia sentiasa menanti permintaan hambaNya'
di terangkan lagi
'dan dua tempat tidak dapat di tembus Azazil
tika tapak tangan menghala ke langit
dan ketika dahi rapat menyembah!'


-akupentoi-