CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

05 Disember 2010

HEHEHEH..


Peluh mula memercik keluar dari dahi, dada, belakang badan, dada dan ketiak Kudin. Dah dekat nak kuyup t-shirt pagoda yang dipakainya. Sepenuh tenaga di kerahkan, dicampur pula dengan kuasa minda supaya segala usahanya bakal membuahkan hasil. Hampir setengah jam Kudin mencuba, berbagai macam usaha dilakukan namun masih belum menampakkan sebarang hasil.

Setelah tidak tertahan, Kudin meluru keluar dan mencapai basikal tua lantas menuju ke kedai Ah Keong untuk membeli 'Julap'. Sembelit yang membelit perutnya berjaya melokapkan Kudin hampir setengah jam didalam jamban!